Posts

Showing posts from August, 2017

Mendepani Realiti Hidup Sendiri

Usah bandingkan kehidupan kita dengan orang lain, lihat saja bagaimana hidup kita sendiri. Walaupun ada yang kata ada orang lain lagi yang lebih susah dari kita dan ikuti orang berjaya bagaimana mereka boleh melakukannya. Kita melihat hidup orang sebagai teladan, apa yang penting adalah apa kita boleh buat untuk menambah baik kehidupan sendiri. Kita yang berdepan dengan situasi itu. Maka kita yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kehidupan sendiri. Jangan serahkan 100% kehidupan kita pada orang lain. Kita serah nyawa kita kepada insuran yang akan melindungi kita. Betul malang tak berbau dan boleh berlaku sesuatu tak diingini bila bila masa saja. Tapi sejauh mana usaha kita memperbaiki hidup dan mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan musibah. Malapetaka boleh datang tiba tiba tapi jika kita bersedia, kita mampu mengatasi risiko yang tinggi menyebabkan kita boleh binasa jika tidak bersedia. Kita sudah tahu kos hidup makin tinggi, tapi apa usaha dan tindakan kita untuk men...

Cara Berfikir Membataskan Kita

Semakin hari kehidupan ini semakin mencabar, bukan saya sorang saja menghadapinya, semua orang termasuk anda. Mencabar disini bererti dalam meneruskan kelangsungan hidup. Apakah yang diperlukan untuk meneruskannya? Hari ini rata rata urusan kehidupan kita hampir semuanya memerlukan wang. Ada perkara yang tak perlukan wang dan ada juga yang perlukan wang. Kenapa? Kerana kita membataskan cara kita berfikir. Untuk semuanya mudah dibuat, perlu pakai wang. Tapi untuk kita lebih mudah berdikari, perlukan kebijaksanaan bagaimana mahu melakukan sesuatu tanpa perlukan wang. Nak makan, pergi kedai dan siap terhidang atas meja kemudian bayar. Nak mandi, buka pili paip dan untuk bersihkan badan pakai sabun dan syampu. Tak bayar bil air siap meter kena potong. Nak sambung balik meter langsaikan hutang bil dan bayar caj pemasangan semula. Nak makan percuma boleh, asalkan mahu pergi memancing ikan, bela ayam dan tanam sayur belakang rumah. Nak mandi air percuma pun boleh, tadah air hujan dalam...