Cara Berfikir Membataskan Kita
Semakin hari kehidupan ini semakin mencabar, bukan saya sorang saja menghadapinya, semua orang termasuk anda. Mencabar disini bererti dalam meneruskan kelangsungan hidup. Apakah yang diperlukan untuk meneruskannya?
Hari ini rata rata urusan kehidupan kita hampir semuanya memerlukan wang. Ada perkara yang tak perlukan wang dan ada juga yang perlukan wang. Kenapa? Kerana kita membataskan cara kita berfikir. Untuk semuanya mudah dibuat, perlu pakai wang. Tapi untuk kita lebih mudah berdikari, perlukan kebijaksanaan bagaimana mahu melakukan sesuatu tanpa perlukan wang.
Nak makan, pergi kedai dan siap terhidang atas meja kemudian bayar. Nak mandi, buka pili paip dan untuk bersihkan badan pakai sabun dan syampu. Tak bayar bil air siap meter kena potong. Nak sambung balik meter langsaikan hutang bil dan bayar caj pemasangan semula.
Nak makan percuma boleh, asalkan mahu pergi memancing ikan, bela ayam dan tanam sayur belakang rumah. Nak mandi air percuma pun boleh, tadah air hujan dalam tong dan rajin cuci dalam tong apabila tiba waktunya.
Jadi, apa yang mencabar dalam kehidupan kita sekarang adalah bagaimana nak cari wang bagi memudahkan urusan kehidupan. Kita boleh bercucuk tanam tapi akan letih bekerja, itu satu pengorbanan. Kalau semata mata nak kurangkan kos makan, bagaimana dengan kos lain. Perlu pakai wang juga.
Kita tak boleh lari daripada cabaran ini dan tak boleh bataskan diri kita dengan cara pemikiran yang sempit. Mahu tak mahu kita perlu bergerak seiring dengan cabaran tersebut dengan mencari jalan bagaimana mahu mengatasinya.
Jika kita menolak perubahan akan tewas, jika kita cuba pertahankan cara lama akan jauh ketinggalan. Kita tak mampu mengatasinya dan kita akan jadi sangat letih.
Namun, ada suatu tempoh masa nya kelak kita perlu berdikari dan berusaha melakukan sesuatu tanpa wang. Apabila wang sudah terlalu jatuh nilainya dan kita pula berhempas pulas mendapatkannya. Sedangkan kita sudah boleh melakukan sedikit usaha untuk mendapatkan sesuatu yang dibeli dengan wang.

Comments
Post a Comment