Bagaimana Teknologi Digital Mengubah Cara Kerja?
Saya kongsikan pengalaman kerja saya yang kini berubah secara digital. Kalau dulu, tulis nota guna buku nota dan taip surat buka laptop. Sekarang dengan hanya menggunakan Tablet dua kerja itu digabungkan secara digital. Tulis nota ringkas atau what to do dan taip surat atau data maklumat menggunakan google doc dan google sheet. Adakah surat dan data yang kita buat serasi dengan keperluan komputer untuk percetakan? Ya, sudah semestinya. Hanya transfer bluetooth surat dan data itu boleh dicetak dan disimpan sebagai salinan untuk versi komputer. Bukan itu saja, laporan dan data maklumat juga boleh dikongsi bersama dengan rakan kerja lain secara online melalui google drive. Adakah ia selamat? Ya, ia dilindungi oleh sistem keselamatan data google inc. Tidak semua maklumat dan data boleh dikongsi. Kita boleh pilih fail mana yang boleh dikongsi atau tidak. Contoh lain, apabila ada tugasan menghasilkan rekabentuk. Saya menggunakan software photoshop untuk menghasilkannya. Setelah siap ia ...