Rangkaian Kejayaan Kecil
Apa pentingnya sebuah kejayaan kecil...?? Ia merupakan peringkat awal sebuah kejayaan yang besar. Tanpa rangkaian kejayaan kecil, sebuah kejayaan besar tidak mungkin dicapai. Jangan pandang mudah dengan apa yang kita usahakan walaupun ia cuma perkara yang kecil. Sebelum ini dibicarakan tentang 5 perkara yang perlu dilakukan setiap hari. Perkara perkara yang wajib dilakukan sebagai rentetan kepada kejayaan besar. Misalnya, membaca sekurang satu muka surat buku setiap hari atau satu tajuk. Tujuannya supaya mendapat maklumat dan ilmu baru yang boleh berkembang. Pengetahuan ini boleh jadi penyebab kepada kejayaan sesuatu yang dirancang dengan jelas. Contoh yang lain pula ialah mengemas, tak kira sama ada mengemas pejabat, bilik, rumah, kereta, kebun, stor dan sebagainya. Ia adalah kerja rutin yang wajib dilakukan setiap hari. Supaya apabila sentiasa tersusun dan kemas akan lebih menarik, bersistem dan mempermudahkan urusan akan datang. Ada yang mungkin tertanya tanya urusan apa ...