5 Perkara Setiap Hari

Antara prinsip kejayaan yang membolehkan sesuatu itu tercapai adalah melakukan sesuatu perkara secara berterusan. Tak kira sama ada perkara itu kecil atau besar.

Dalam usaha mencapai kejayaan yang besar, semestinya perlu mencapai beberapa rentetan kejayaan kecil terlebih dahulu. Kejayaan kecil itu membuka jalan kepada kejayaan besar.

Melakukan 5 perkara setiap hari adalah satu langkah mudah bagi mencipta sebuah kejayaan. Walaupun perkara itu kecil dan mengambil masa 5 minit saja sudah cukup.

Mengambil iktibar daripada solat 5 waktu setiap hari, walaupun solat wajib itu dikerjakan kurang daripada 10 minit sehari sudah cukup untuk memupuk semula semangat untuk hidup dan bekerja.

Apa akan jadi jika 5 perkara kecil walaupun singkat masa melakukannya jika dibuat setiap hari. Sebelum sesuatu perkara itu dapat disempurnakan, ia perlu dimulakan dahulu. Barulah proses pembangunan akan dilakukan berterusan sehingga siap sempurna.

Langkah ini perlu dimulakan sekarang, masa terus berlalu. Kejayaan tidak akan tercapai jika tidak dimulakan. Walaupun begitu usah pula menyiksa diri mahu melakukannya sehingga selesai dalam masa singkat.

Berilah peluang dan ruang kepada diri untuk perbaiki diri, berehat atau bersukaria dengan aktiviti lain yang digemari. Tempoh menenangkan diri sangat penting bagi memupuk semula semangat.

Apabila berjaya melaksanakan 5 perkara sedikit demi sedikit setiap hari, kita akan melihat perkembangannya dalam proses mencapai kejayaan.

Bagi menenangkan diri dengan fikiran yang segar dan selesa dengan persekitaran, boleh dicapai dengan mewujudkan suasananya dengan keharuman pewangi udara dengan bauan semulajadi. Dengan itu, emosi kita akan kembali semula bersemangat.

Comments

Popular posts from this blog

Simkad Khas Untuk Internet

Mobile Wifi Hotspot

Persoalan Tentang 4G LTE Wifi Modem USB Stick