Rangkaian Kejayaan Kecil

Apa pentingnya sebuah kejayaan kecil...??

Ia merupakan peringkat awal sebuah kejayaan yang besar. Tanpa rangkaian kejayaan kecil, sebuah kejayaan besar tidak mungkin dicapai. Jangan pandang mudah dengan apa yang kita usahakan walaupun ia cuma perkara yang kecil.

Sebelum ini dibicarakan tentang 5 perkara yang perlu dilakukan setiap hari. Perkara perkara yang wajib dilakukan sebagai rentetan kepada kejayaan besar.

Misalnya, membaca sekurang satu muka surat buku setiap hari atau satu tajuk. Tujuannya supaya mendapat maklumat dan ilmu baru yang boleh berkembang. Pengetahuan ini boleh jadi penyebab kepada kejayaan sesuatu yang dirancang dengan jelas.

Contoh yang lain pula ialah mengemas, tak kira sama ada mengemas pejabat, bilik, rumah, kereta, kebun, stor dan sebagainya. Ia adalah kerja rutin yang wajib dilakukan setiap hari. Supaya apabila sentiasa tersusun dan kemas akan lebih menarik, bersistem dan mempermudahkan urusan akan datang.

Ada yang mungkin tertanya tanya urusan apa yang mudah apabila sentiasa kemas..? Ia memang nampak usaha kecil tetapi banyak perkara yang perlu dikemas setiap hari. Susunan yang teratur bukan saja menarik mata memandang, malah apabila diperlukan memudahkan masa depan.

Misalnya, kemas bilik membolehkan kita nampak dan di mana barang perlu disusun seperti dokumen peribadi, buku akaun, alat solek, tabung duit syiling, pakaian kerja dan pakaian harian.

Apa akan jadi jika semua barang di atas berselerak? Bayangkan kelak apabila perlukan segera dokumen peribadi untuk urusan penting tidak tahu dimana letaknya dalam bilik kerana tiada tempat khas.

Begitulah hidup ini, kejayaan besar pada masa depan bergantung kepada kejayaan kita menyusun perkara perkara perkara kecil pada hari ini. Jika artikel ini tidak ditulis, mungkin saya tidak nampak jelas apa perlu dibuat. Begitu juga anda yang membaca perkongsian ini.

Membaca atau menulis sekurangnya satu artikel setiap hari mungkin antara salah satu perkara yang perlu dibuat setiap hari. Berjaya menulis atau membacanya setiap hari bermakna berjaya melihat apa yang perlu dibuat untuk kejayaan masa depan. Ia adalah satu proses berterusan dan berulang ulang.

Begitu juga dalam soal makanan, jika sehari kita langsung tak makan maka kita akan lapar. Apa akibatnya jika lapar..? Tubuh badan menjadi lemah tak bertenaga. Jadi bagaimana mahu berjaya jika tubuh badan lemah tak dapat bekerja.

Makan adalah perkara yang perlu dibuat setiap hari tetapi pada hari hari tertentu kita mahu makanan kegemaran. Ia adalah antara hari yang perlu ditentukan dalam 5 perkara yang perlu dilakukan pada hari tertentu.

Misalnya, hari ahad ini mahu berkumpul bersama keluarga supaya dapat bersembang berkongsi cerita, bertanya khabar bagi mengerat hubungan kekeluargaan. Kita mahu hidangan makanan apa..? Mungkinkah dengan pergi ke KFC jika melibatkan keluarga kita sahaja.

Tetapi jika ada ahli keluarga yang besar mahu berhimpun bersama sanak saudara di rumah, mungkin boleh pertimbangkan hidangan laksa sarawak. Kami ada menjual pes laksa Sarawak Hj Manan.

Jika anda ada rancangan makan bersama keluarga dalam salah satu 5 perkara hendak dibuat hujung minggu ini, boleh lah mencuba satu kelainan hidangan makanan. Tentu ada ahli keluarga anda nanti suka dan gembira.

Kejayaan besarnya nanti ialah dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan yang menjadi teras kepada kerjasama mencapai kejayaan lebih besar. Merancang bisnes keluarga misalnya.

Begitulah antara contoh bagaimana kejayaan kejayaan kecil menjadi pembuka jalan kepada kejayaan yang lebih besar pada masa depan.

Comments

Popular posts from this blog

Simkad Khas Untuk Internet

Mobile Wifi Hotspot

Persoalan Tentang 4G LTE Wifi Modem USB Stick