Bertindak Secara Tertib

Sebelum ini telah dibincangkan tentang idea dan imaginasi. Kita ulang kaji balik, idea itu cuma pandangan dan pendapat yang ada isinya sementara imaginasi adalah bayangan tentang apa hasil yang akan dicapai dan bagaimana ia diusahakan bagi mencapai hasilnya.

Sekarang kita bergerak kepada tindakan. Idea saja tak cukup, imaginasi saja cuma angan angan. Sudah ada bayangan hasilnya tapi tak dibuat. Jadi, bertindaklah supaya idea dan imaginasi itu jadi kenyataan. Namun begitu, kita tentu banyak melihat ramai orang bertindak tetapi kenapa ada yang masih gagal atau tidak mencapai hasil yang dikehendaki.

Walaupun berjaya bertindak tetapi hasilnya tak seperti diharapkan. Bagaimana hasil yang tak seperti diharapkan itu? Tak mengikut kehendak yang sebenar, kos melebihi apa yang ditetapkan, tempoh masa lama diambil untuk siap. Betul.... Kita cuma manusia biasa saja, tidak akan sempurna dan mencapai kesempurnaan yang diharapkan.

Namun, tidakkah kita terfikir bahawa menghampiri kesempurnaan itu adalah satu perkara yang harus diusahakan. Sesudah berusaha barulah bertawakal supaya apa yang kita lakukan itu tak sia sia atau merugikan. Bukan buat sambil lewa, buat kerja separuh separuh. Berusaha memperbaiki diri adalah satu sifat yang bagus untuk kebaikan diri dan orang lain.

Oleh itu, bertindak secara tertib adalah satu langkah yang betul dan mesti diusahakan. Bagaimana bertindak dengan tertib? Apabila kita mahu melakukan sesuatu kita rancang satu persatu dari A sampai Z. Tidak boleh buat dengan cara jalan pintas atau meninggalkan langkah yang mesti dilalui sebelum bergerak ke langkah berikutnya. Apabila kita masih bayi tidak terus menjadi dewasa, kita jadi kanak kanak dahulu kemudian remaja barulah jadi dewasa.

Apakah akibatnya kalau kita tidak bertindak dengan tertib. Kita akan tertinggal perkara penting yang mesti dipelajari untuk mencapai kesempurnaan. Apabila tertinggal kita akan melakukan banyak kesalahan dan kesilapan yang merugikan. Sebagai contoh, apabila kita terus masuk sekolah rendah semasa masih kanak kanak tanpa masuk ke tadika atau pra sekolah, apa akan jadi. Kita tak belajar ABC dan 123 sebelum itu tiba tiba masuk sekolah rendah. Kita lambat belajar, kita rugi masa, kita juga mungkin rugi wang. Itu contoh.

Dalam kehidupan seharian kita, bertindak secara tertib membuatkan kita lebih tenang, lebih senang dan boleh menang dalam cabaran hidup. Kita lihat orang yang gagal dalam hidup tewas dengan cabaran yang dihadapinya. Tertib dalam bertindak bermakna mendahulukan apa yang penting dan mesti dilakukan dahulu. Supaya tidakan selepas itu menjadi lebih mudah dan berhasil mencapai tujuannya.

Misalnya apabila mahu membina rumah, mesti ada duit dahulu untuk beli barang dan bayar upah. Maka tindakan pertama sekali adalah cari kerja dan buat kerja untuk dapat duit yang boleh dikumpul dahulu. Kemudian merangka pelan bagaimana rekabentuk yang dikehendaki, apakah ciri ciri rumah yang dimahukan, barulah dapat tentukan berapa kos dan upah, selepas itu barulah membeli bahan dan peralatan serta mencari tukang bina.

Apa jua perkara yang mahu dilakukan, bertindaklah secara tertib walaupun dalam hal yang asas. Nak sembahyang misalnya, pukul berapa masuk waktu, di mana surau atau masjid terdekat, nak berjalan kaki kah atau guna kenderaan. Buat kerja pun begitu, bila mahu buat sesuatu pekerjaan adakah ia memudahkan atau menyusahkan. Kalau susah apa jalan penyelesaiannya supaya menjadi mudah, apabila dapat dikerjakan apa manfaat kita dapat, berapa banyak pulangannya, apa ganjaran setimpal kita dapat.

Para sahabat pernah menyebut, kebatilan yang tersusun tertib dapat menewaskan kebenaran yang tunggang langgang dan huru hara. Padahal Allah sudah beri jaminan bahawa kebatilan akan hancur musnah jika kita tertib mengusahakan apa yang patut dilakukan dahulu. Bertindak secara tertib adalah merancang sesuatu dengan menentukan dahulu perkara perkara yang patut didahulukan supaya langkah tindakan seterusnya tidak sumbang.

Comments

Popular posts from this blog

Simkad Khas Untuk Internet

Mobile Wifi Hotspot

Persoalan Tentang 4G LTE Wifi Modem USB Stick