Idea sebagai dorongan

Selain dorongan, idea juga adalah sebuah tenaga, juga boleh dikatakan sebagai penawar kepada masalah. Bagaimana ia menjadi satu dorongan? Apa bezanya bila tidak ada idea dengan adanya idea? Apabila ada idea akan mengubah situasi. Tiada idea tak ada apa apa yang luar biasa berlaku. Keadaan menjadi biasa biasa saja.

Bagaimana pula idea itu menjadi sebuah tenaga? Apabila masalah timbul, apa bezanya keadaan yang tiada idea dengan ada idea. Bila tiada idea, keadaan menjadi kelam kabut, huru hara, tidak tahu apa nak buat, bingung, bimbang, risau, takut dan macam macam lagi emosi tidak tentu arah dirasakandirasakan.

Jika ada idea pula bagaimana keadaan masalah itu dihadapi? Menjadi bersemangat, tidak takut, berani untuk bertindak, tahu apa nak buat dan penyelesaian dapat diusahakan. Dengan adanya idea, sesuatu masalah itu dapat dilihat dengan jelas kenapa dan bagaimana ia berlaku. Melalui idea, boleh tahu bagaimana ia dapat diselesaikan. Idea menjadi satu tenaga penggerak untuk penyelesaian masalah.

Bagaimana idea itu boleh menjadi penawar? Penawar adalah ubat untuk menyembah penyakit. Idea adalah penawar kepada masalah. Ia membuka jalan penyelesaian tentang apa yang boleh dilakukan bagi menghadapi masalah tersebut dan cara bagaimana menyelesaikannya. Betapa hebatnya idea itu sehingga boleh nampak kelihatan cara bagaimana untuk bertindak menghasilkan sesuatu atau menyelesaikan masalah.

Itu baru idea, belum lagi tindakan. Idea tidak akan berguna jika tiada tindakan diusahakan. Sudah tahu apa jalan penyelesaiannya menerusi idea yang dibentuk, tapi tidak dilaksanakan. Maka masalah itu tidak akan berakhir dan menjadi semakin rumit. Idea tetap idea, ia tidak memberi apa apa makna jika tidak diusahakan. Tenaga daripada idea itu sia sia saja tanpa diguna. Seperti kereta ada minyak tapi enjin tidak dihidup dan dipandu, maka minyak itu kering  dan menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan terus.

Idea juga kadang kadang boleh merosakkan apabila ia tidak realistik, tidak sesuai dengan situasi sebenar. Idea memang nampak bagus tetapi terlalu keterlaluan, di luar dunia nyata. Walaupun boleh dilakukan tetapi tidak mengambil kira kemampuan semasa. Akhirnya idea itu gagal. Usah beri banyak alasan kerana gagal, ubahsuai idea itu atau bina semula idea baru sesuai dengan keperluan dan kemampuan yang ada.

Sebelum idea dihasilkan, tengok kiri, tengok kanan, tengok atas, tengok bawah, tengok belakang. Jangan terus tengok ke depan. Kalau kita memandu kereta terus ke depan tanpa tengok kiri kanan, mungkin kita dilanggar dari tepi. Kalau kita terus saja buat idea itu tanpa tengok kiri kanan, mungkin kita akan jatuh atau menghadapi masalah. Disebabkan kita tak tengok kiri kanan, kita tak nampak apa masalah yang ada di kiri kanan kita.

Justeru, sebelum idea itu diputuskan untuk diambil tindakan, ambil kira juga perkara lain yang diperlukan. Mahu jadi kaya raya, tapi perangai boros tidak diubah, pengurusan kewangan tidak disusun dengan baik. Apabila bertindak berlakulah ketirisan wang. Wang banyak masuk dan banyak juga keluar tetapi tidak tahu ke mana ia dibelanjakan dan tidak nampak jelas apa hasilnya.

Mempunyai idea itu bagus, tapi tidak semua idea itu bagus. Jadi pilih lah idea yang bagus saja. Idea yang bagus bersesuaian dengan kemampuan kita, apa yang kita ada dan berpijak di bumi nyata. Ada satu kisah dahulu kala tentang idea kereta elektrik. Idea ini sudah wujud semenjak penemuan tenaga elektrik lagi. Tetapi waktu itu tidak sesuai dibuat kerana teknologi kuasa elektrik menggunakan bateri belum wujud. Apabila sudah wujud pun masih lagi tidak sesuai diusahakan kerana teknologi yang sesuai belum ada lagi.

Sehinggalah kemajuan demi kemajuan dicapai dalam teknologi bateri barulah teknologi kereta elektrik dikembangkan. Pelbagai idea rekabentuk kereta elektrik dihasilkan, berapa lama bateri itu boleh digunakan dan berapa jauh kereta itu mampu bergerak dengan teknologi bateri yang tercipta. Apabila idea semakin berkembang barulah kemajuan kereta elektrik diperbaiki dan diperbaharui.

Begitu lah juga idea kita, ada idea yang hebat pun tak ada gunanya jika tidak ada kemampuan dan keperluan untuk melakukannya. Maka biarlah idea itu sesuai dengan keadaan dan situasi di mana kita perlukan idea itu untuk menyelesaikan masalah semasa. Masalah akan datang biarkan dahulu, tiba masa kelak kita akan berdepan dengan masalah itu namun kita sudah ada idea lama sebelum itu sudah difikirkan. Cuma menunggu masa untuk digunakan sesuai dengan keadaan dan situasi bila, dimana dan bagaimana masalah itu berlaku.

Teruskan mencetus idea, jika ada banyak idea, simpan saja dulu, tulis sebagai catatan, mungkin ia akan berguna nanti. Pilih idea yang memerlukan tindakan segera dan sesuai dengan keupayaan untuk menghasilkannya.

Comments

Popular posts from this blog

Simkad Khas Untuk Internet

Mobile Wifi Hotspot

Persoalan Tentang 4G LTE Wifi Modem USB Stick