Menulis untuk diri sendiri
Kenapa kita berbuat baik? Sebab kita beragama. Dalam ajaran agama Islam setiap perbuatan baik akan dibalas dengan pahala. Apa gunanya pahala itu? Pahala adalah satu bentuk matawang di akhirat kelak. Pahala yang banyak melayakkan kita dihisab dengan mudah dan masuk syurga dengan senang.
Begitu juga menulis adalah kerana mahu berbuat kebaikan kepada diri sendiri. Apa yang ditulis sebagai meningkatkan keyakinan diri dan menambah kefahaman tentang sesuatu perkara. Menulis adalah sebuah idea dan untuk mengembangkan isi kandungan yang ditulis memerlukan imaginasi yang tinggi.
Cuba menulis tanpa berfikir, dapatkan kita huraikan apa yang nak ditulis? Imaginasi adalah cara untuk berfikir dengan melihat sesuatu dalam bentuk buah fikiran atau gambaran di dalam otak. Dari penulisan itulah kita dapat faham apa yang kita fikirkan. Orang lain tidak faham atau kurang faham bukan masalah kita. Masalah kita adalah jika kita tidak faham kita akan jahil. Orang lain kalau tidak faham mesti bertanya. Tidak baca dan tidak tanya tidak apa. Kita tidak rugi apa apa.
Adakah dengan menulis idea kita akan dicuri orang? Kalau nak buat baik jangan simpan idea yang baik. Apa yang kita tulis cuma sebahagian daripada apa yang terkandung dalam imaginasi akal kita. Tujuan menulis sebagai dorongan untuk membuka akal supaya lebih banyak imaginasi dapat dibentuk. Tidak semua apa yang terkandung dalam imaginasi kita mampu ditulis satu persatu dan diperjelaskan melalui penulisan.
Setiap idea dan imaginasi tidak akan berguna jika tidak diambil tindakan. Menulis idea dengan imaginasi itu cuma sebahagian daripada tindakan. Ada pepatah mengatakan :
"Kejayaan tidak memerlukan penjelasan
Kegagalan tidak memerlukan alasan"
Apa yang diperlukan adalah tindakan yang banyak, bukannya cakap banyak atau tulis banyak. Gagal disebabkan tidak banyak buat. Tak perlu beralasan. Cuba lagi dan bertindaklah, itu lebih baik daripada mencipta alasan. Diam saja dan tak perlu beri alasan.
Justeru, kalau kita menulis sebab nak glamer, sebab nak buat bisnes jadi laku, dan ada banyak lagi sebab lain untuk menonjolkan diri demi kepentingan diri, bila tujuan itu gagal maka kita akan kecewa. Kita akan buat banyak alasan kenapa kita tidak berjaya. Mungkin alasannya sebab orang lain pilih kasih, orang lain itu sombong dan macam macam lagi tuduhan negatif mungkin dilemparkan.
Lebih baik menulis untuk diri kita sendiri, kita mahu berkongsi cerita sebab nak bagi orang faham apa erti hidup atau tentang sesuatu perkara. Dengan kefahaman itu akan memberi manfaat kepada mereka. Dari situ kita sudah memberi kebaikan kepada orang lain. Perbuatan yang baik balasan pahala bagi orang yang percaya kepada Tuhan. Bagi yang tak percaya itu bukan masalah kita. Itu masalah mereka yang tidak faham agama. Jahil tentang agama. Penting diri dan hanya mahu untung dunia saja.
Akhir kata, orang mahu baca atau tidak apa yang kita tulis bukan lah masalah kita. Masalah kita jika tidak menulis, tidak menyampaikan kebaikan kepada orang dan tidak dapat pahala daripada kebaikan itu. Masalahnya juga nanti kita tidak faham tentang sesuatu idea, tidak berkembang imaginasi dan tidak tahu nak bertindak bagaimana.

Comments
Post a Comment