Imaginasi Sebagai Keyakinan Diri

Imaginasi adalah alat kepada idea supaya ia dapat dilaksanakan dengan baik. Imaginasi merupakan gambaran di dalam mental. Kita ada satu idea, kemudian kita menggambarkan rupa bentuk idea itu, bagaimana ia dapat dilakukan. Idea cuma sebutan atau apa yang kita perkatakan tentangnya.

Sehingga kita dapat menjelaskan rupa bentuk dengan melukis gambar atau lakaran supaya dapat faham kenapa idea itulah perlu dibuat dan bagaimana membuatnya. Semuanya adalah dalam bentuk gambaran imaginasi kita. Imaginasi lebih penting daripada idea. Kerana imaginasi akan memberi kepercayaan dan keyakinan tentang rupa bentuk sesuatu perkara yang kita mahu lakukan.

Kita tidak akan berusaha bersungguh sungguh sekiranya kita tidak nampak gambaran apa yang kita mahu capai. Bagaimana imaginasi iatu boleh memberi nyawa kepada idea yang mati atau menghidupkan idea yang pada mulanya cuma dianggap angan angan. Idea akan menjadi satu kenyataan sekiranya perkara yang boleh merealisasikannya dapat dijelaskan dengan terang untuk difahami.

Sebagai contoh, kita ambil daripada kisah ketamadunan manusia. Bagaimana manusia boleh berangan angan untuk mencapai misi ke bulan? Kerana dicabar Allah swt menerusi kitab Al-Quran, Tuhan yang mencipta alam ini. Dia mencabar manusia kalau mampu pergi ke bulan, cuba lah dengan segala kemampuan yang manusia ada. Maka idea untuk pergi ke bulan pun muncul.

Semenjak dari itu, manusia mula memikir bagaimana hendak ke bulan. Tetapi sebelum itu manusia perlu memikir cara bagaimana untuk boleh terbang ke angkasa terlebih dahulu. Puas manusia berfikir sehingga mencari banyak ilmu apa halangan yang perlu dilepasi untuk sampai ke angkasa dan kemudian boleh sampai ke bulan.

Lantas ada manusia dari barat terjumpa ilmu mercun bunga api yang terlebih dahulu sudah muncul beribu tahun dari zaman tamadun manusia dari china. Kemudiannya menjadi roket dalam tamadun india. Tidak cukup dengan pengetahuan itu, manusia cuba kaji ilmu tentang bumi bagaimana bulan boleh terapung di angkasa, lalu mereka jumpa ilmu graviti.

Apabila manusia sudah tahu apa halangan ke angkasa, muncul lah imaginasi bagaimana mahu menghasilkan sebuah roket yang hebat dengan percikan api yang kuat dan mampu sampai ke angkasa lepas berbanding roket dan mercun bunga api orang china dan india. Maka pengetahuan tentang membina enjin mula berkembang dengan penciptanya enjin pembakaran dalaman yang digunakan untuk membuat kereta.

Sedikit demi sedikit idea itu dapat dikembangkan menggunakan idea sedia ada serta imaginasi yang tinggi untuk terbang ke angkasa dengan rekabentuk kapal angkasa berenjin roket. Idea ini mula diimaginasikan oleh seorang saintis, apabila diketahui oleh saintis lain idea itu pun mula berkembang dan masing masing bersaing mencari jalan cara bagaimana mencipta enjin roket.

Cerita ini kalau nak dikarang sangat panjang, kerana ia akan melibatkan banyak rentetan kisah dalam sejarah bagaimana penciptaan roket pertama untuk ke bulan terhasil. Cukup saja cerita asas ini bagi menjelaskan bagaimana idea itu muncul hasil daripada cabaran Tuhan kepada manusia sekiranya mampu ke angkasa lepas dan mendarat di bulan.

Idea tidak berguna tanpa imaginasi. Duit adalah contoh idea tapi apa imaginasi kita bila ada duit. Sudah tentunya duit itu jika boleh dikumpul banyak boleh beli kereta dan rumah. Jika imaginasi kita cukup kuat untuk memaksa kita berusaha bersungguh sungguh kumpul duit maka dapatlah kita memiliki kereta dan rumah sendiri. Bila ada duit yang banyak ditangan keyakinan kita menjadi tinggi untuk mempunyai kereta dan rumah.

Begitulah juga apabila disebut syurga akhirat. Pahala adalah sebuah idea untuk dapat masuk ke syurga di akhirat kelak. Untuk mendapat pahala yang banyak sebagai syarat masuk syurga maka diperintah supaya berbuat banyak kebaikan. Setiap kebaikan walaupun sebesar zarah akan dicatat.

Orang yang membaca posting ini mendapat idea daripada apa yang diceritakan dan menggalakkan mereka untuk berbuat baik. Ini adalah satu kebaikan kepada ramai orang dan pahala diberi dan dicatat seperti buku akaun duit yang tercatat jumlah duit di dalam bank tetapi duit itu tidak dipegang oleh tangan kita.

Imaginasi kita tentang pahala akan memberi keyakinan kepada kita untuk berbuat kebaikan yang banyak. Imaginasi bermula dengan satu idea dan berkembang apabila banyak idea baru muncul bagi menjelaskan lagi bagaimana imaginasi itu dapat menjadi satu kenyataan.

Ideanya untuk masuk syurga hendaklah mati dahulu baru boleh masuk syurga. Idea ini nampak terlalu ekstrim tetapi tiada cara lain untuk masuk syurga mesti mati dahulu. Idea ini datangnya daripada kitab Al-Quran yang disampaikan Allah swt yang menciptakan alam ini. Tetapi jika kita tidak ada imaginasi yang tinggi tentang pahala, sudah pasti kita rasa takut dan gentar.

Kita mungkin tidak nampak pahala itu, bagaimana ia dihitung dan dimana ia disimpan. Tetapi ideanya sudah ada dan diperjelaskan melalui contoh duit. Duit mungkin idea yang ditiru daripada pahala. Pahala hanya akan diperoleh selepas mati, duit pula semasa hidup. Tapi manusia tidak mahu tunggu mati untuk dapat apa yang diimaginasikan tentang syurga. Di syurga diceritakan tentang istana dan isinya yang akan diperoleh untuk mereka yang berjaya kumpul pahala yang banyak ketika hidup.

Jadi, ada manusia yang tak mahu tunggu lama untuk dapat semua itu maka idea tentang pahala ditiru untuk menghasilkan idea mencipta duit dan sistemnya. Dengan mengumpul duit yang banyak dapatlah diguna untuk mencipta isi dunia sama seperti yang digambarkan dalam imaginasi tentang isi syurga. Bermula dari situlah manusia menjadi lalai dan leka tentang syurga dan akhirat.

Ada manusia yang takut mati tidak mahu hilang segalanya daripada apa yang telah mereka kumpulkan daripada harta dunia. Mereka ada buat baik tapi tidak diterima kerana tidak percaya Tuhan. Alasannya mereka tak nampak Tuhan dan imaginasi mereka tidak cukup tinggi untuk mengenal siapa Tuhan mereka yang sebenar. Imaginasi yang ada pula adalah sesat kerana mereka tiada idea bagaimana mahu mengenal Tuhan dengan lebih jelas.

Kalau mahu kenal Tuhan sila baca Al-Quran. Banyak idea tentang kehidupan didalam nya. Imaginasi tentang idea itu boleh datang daripada apa yang dilihat pada alam dan kehidupan ini dan apa yang berlaku di dalamnya.

Begitulah ceritanya tentang imaginasi. Ia adalah satu keyakinan kepada idea yang muncul dalam fikiran manusia. Fikiran akan mendapat gambaran apa yang dibaca, dilihat dan didengar. Kemudian barulah akan bertindak untuk mencapai apa yang mahu diperolehi. Nanti kita akan sambung lagi cerita yang hebat ini dalam posting seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

Simkad Khas Untuk Internet

Mobile Wifi Hotspot

Persoalan Tentang 4G LTE Wifi Modem USB Stick