Jangan Kecewa Andainya Tak Dihargai
Jika kita berbuat kebaikan, siapa akan menghargainya? Dunia hari ini menyaksikan apa saja kerja kebaikan yang dilakukan semuanya mahu mengharap penghargaan daripada manusia. Kalau tidak dibayar tidak akan berbuat baik. Ini berlaku di mana mana malah di tempat kerja sekalipun.
Kita akan menyaksikan banyak ketidak adilan berlaku di dalam kerja. Orang yang bertanggungjawab atas pekerjaan itu tidak menunaikan tanggungjawabnya. Lalu tanggungjawab itu dibebankan ke atas pekerja lain. Kerja lebih masa dan kerja lebih tugas dipaksakan supaya dianggap sebagai satu perbuatan baik. Tak perlu lah minta ganjaran atau upah kerja lebih masa.
Tetapi apa yang berlaku adalah siapakah yang mendapat keuntungan dan manfaat daripada kebaikan itu. Dalam keadaan begitu, berlaku satu kezaliman dan penindasan yang halus dan tidak boleh dipersoalkan. Sebagai seorang yang tidak ada kuasa apa boleh dibuat?
Bekerja kerana mengharap penghargaan manusia memang akan mengecewakan. Apa yang dilakukan tidak akan setimpal dengan apa yang diperoleh. Apatah lagi jika hanya seorang berjawatan rendah, berpangkat rendah dan status perjawatan tidak setinggi orang lain yang lebih mudah dihargai dan terbuka ruang dan peluang untuk dihargai. Dan golongan ini jugalah sewenangnya menggunakan kedudukan mereka untuk menindas golongan bawahan. Tidak lah semua, hanya segelintir dan cenderung juga untuk menjadi lebih ramai.
Jangan kecewa jika itu yang berlaku, biarkan bekerja kerana Allah dan lebihkan masa untuk bekerja dengan tambahan masa untuk beribadat bangun malam memohon dikurniakan sesuatu yang lebih baik daripada segala isi dunia berbanding ganjaran yang diberikan oleh majikan atau manusia berkuasa ke atas kebaikan yang dilakukan.
Kebaikan yang lebih tetapi tidak dihargai manusia biarlah Allah saja menghargainya. Namun penghargaan itu perlu lah dipinta pada waktu sepertiga malam. Manusia minta dihargai daripada manusia berkuasa dengan melakukan kebaikan dan menunjukkan kebaikannya untuk diberi peluang menerima ganjaran yang ditawarkan. Bagaimana pula dengan mereka yang tiada peluang itu?
Berbuat banyak kebaikan sekalipun tidak akan ada peluang itu dan dipaksa halalkan saja sumbangan kebaikan yang banyak itu. Padahal kebaikan yang banyak itulah yang banyak memberi kebaikan dan keuntungan kepada mereka. Dimanakah hendak menuntut keadilan?
Tuntutlah diatas sejadah di dalam rumah pada waktu ketika ramai manusia sibuk dengan kerja dunia mereka dan nyenyak tidur diulit mimpi setelah mendapat ganjaran apa yang mereka inginkan dengan berbuat kebaikan dalam pekerjaan mereka. Tiada jalan lain lagi. Jika tidak melakukannya maka kita akan menzalimi diri sendiri. Sudahlah dizalimi oleh orang lain dengan tidak mendapat apa pun ganjaran yang setimpal.
Apakah ganjaran yang mahu dipinta daripada segala kebaikan yang dilakukan dalam bekerja kepada Allah yang maha berkuasa? Mintalah ganjaran yang lebih baik daripada segala isi dunia. Minta dikurniakan kesihatan yang baik, minta dijauhkan daripada segala penyakit, minta keselamatan dan kesejahteraan daripada diganggu oleh manusia yang jahat, minta diringankan daripada bebanan yang sangat berat, minta agar setiap permasalahan dipermudahkan jalan penyelesaiannya.
Begitulah permintaan untuk dihargai setiap perbuatan yang baik. Jika daripada manusia berkuasa tidak dapat meminta untuk dihargai, kepada siapa lagi untuk kita meminta? Sudah tentu daripada Tuhan yang menciptakan alam ini. Tuhan yang menjadikan kehidupan ini dan memiliki kekayaan dunia ini.
Kenapa harus kecewa jika ada tempat meminta yang lebih baik. Apa yang penting ikut perintah Nya dalam amal perbuatan yang baik dan jadikan satu ibadat bagi setiap pekerjaan yang memberi manfaat kepada seluruh manusia.

Jangan Kecewa Andainya Tak Dihargai >>>>> Download Now
ReplyDelete>>>>> Download Full
Jangan Kecewa Andainya Tak Dihargai >>>>> Download LINK
>>>>> Download Now
Jangan Kecewa Andainya Tak Dihargai >>>>> Download Full
>>>>> Download LINK 2a