Idea, Imaginasi dan Tindakan
Tajuk posting ini adalah intipati daripada buku "Think and grow rich". Kehidupan ini adalah berunsurkan jisim dan benda. Jisim membentuk tenaga dan benda menghasilkan kemudahan.
Sebagai contoh jisim adalah berat manusia, berat yang banyak membolehkan bertahan daripada tekanan berbanding orang yang beratnya ringan. Dengan berat yang besar membolehkan ia menolak sesuatu dengan mudah memindahkan tenaga tolakan itu kepada gerakan benda tersebut dengan lancar.
Secara amnya jisim adalah dorongan yang menghasilkan tenaga. Antara lori dan kereta yang mana lebih laju dan mana pula lebih kuat. Kereta jisimnya ringan maka tenaga yang diguna untuk menjalankannya membolehkannya bergerak lebih laju. Tetapi tidak mampu membawa bebanan yang lebih berat seperti lori. Prinsipnya mudah.
Begitu juga idea, ia adalah satu bentuk jisim yang mendorong untuk kita bertindak melakukan sesuatu. Idea saja tidak cukup, ia juga perlukan imaginasi. Imaginasi adalah cara berfikir, bagaimana membayangkan sesuatu sebelum bertindak. Dua orang mungkin ada idea yang sama tapi cara berfikir masing masing berbeza, membentuk imaginasi yang berlainan. Hasilnya tindakan yang dilakukan tidak sama dan bentuk atau perkara yang terhasil juga tidak sama.
Ambil contoh idea penciptaan telefon bimbit. Ideanya untuk memudahkan perhubungan tetapi apakah imaginasi yang diperlukan untuk menghasilkannya. Pada era 90an Nokia adalah jenama yang sangat terkenal. Pada zaman yang sama juga telah muncul Apple dan Samsung. Pengasas Apple mengimaginasikan sesuatu yang lebih hebat daripada telefon ciptaan Nokia, maka terhasillah Apple iphone. Samsung berimaginasi lain pula maka terhasillah pelbagai siri telefon Samsung Galaxy, Samsung S, Samsung Note.
Imaginasi Apple adalah untuk menghasilkan satu telefon dengan keupayaan pelbagai fungsi dan kegunaan, justeru harganya lebih mahal dan tahan lasak. Imaginasi Samsung adalah untuk menghasilkan telefon setanding iphone tetapi mampu milik dan banyak pilihan bergantung kepada apa yang dikehendaki pengguna. Nokia pula tidak berubah dan tidak kembangkan imaginasi baru. Akibatnya Nokia muflis, sementara Samsung dapat mengatasi Apple. Namun Apple menjadi pilihan mereka yang pentingkan kualiti dan status yang lebih tinggi dari segi jenama global.
Daripada contoh di atas kita dapat faham bagaimana idea yang mendorong untuk kita melakukan imaginasi. Seterusnya bertindak melaksanakannya. Imaginasi saja tidak cukup sebenarnya kerana imaginasi memerlukan cara berfikir yang betul. Cara berfikir kita ditentukan oleh emosi dan sikap yang kita bentuk dan praktik. Kalau sikap kita sombong, berlagak dan meninggi diri maka emosi kita juga menjadi terlalu agresif.
Orang yang bersikap agresif tidak mempunyai imaginasi yang tinggi, sebaliknya emosi mereka cenderung untuk membinasakan diri dan juga orang lain. Mereka ada juga imaginasi tetapi tidak membawa kebaikan dan manfaat pun kepada dirinya dan orang lain walaupun ia kelihatan seperti bermanfaat. Walaupun begitu, sikap agresif tersebut akan menjadi idea kepada orang lain pula bagaimana hendak berimaginasi bagi menghadapi ancaman daripada sikap agresif orang tersebut.
Begitulah yang berlaku kepada Nokia, Apple dan Samsung. Akan berlaku persaingan dan orang yang sombong serta bongkak itu tidak dibiarkan mendabik dada merasa dirinya hebat. Bukan hanya berlaku kepada tiga syarikat ini dan juga dalam bidang telekomunikasi saja. Juga berlaku kepada sesiapa saja dalam semua bidang kehidupan ini.
Semua orang boleh saja mempunyai idea yang sama, tetapi imaginasi yang berbeza beza akan menentukan hasilnya bagaimana. Adalah lebih berjaya, berjaya sederhana saja atau gagal ataupun kejayaan yang membinasakan. Kejayaan yang membinasakan itu berpunca daripada sikap. Akibat terlalu terbuka mahu mencipta sesuatu yang lebih canggih dengan imaginasi yang lebih hebat, apa yang terhasil daripada ciptaan itu hanya membinasakan diri sendiri.
Posting seterusnya akan berkongsi pandangan tentang idea, Imaginasi dan tindakan secara khusus.

Comments
Post a Comment