Posts

Showing posts from 2018

Bagaimana Teknologi Digital Mengubah Cara Kerja?

Saya kongsikan pengalaman kerja saya yang kini berubah secara digital. Kalau dulu, tulis nota guna buku nota dan taip surat buka laptop. Sekarang dengan hanya menggunakan Tablet dua kerja itu digabungkan secara digital. Tulis nota ringkas atau what to do dan taip surat atau data maklumat menggunakan google doc dan google sheet. Adakah surat dan data yang kita buat serasi dengan keperluan komputer untuk percetakan? Ya, sudah semestinya. Hanya transfer bluetooth surat dan data itu boleh dicetak dan disimpan sebagai salinan untuk versi komputer. Bukan itu saja, laporan dan data maklumat juga boleh dikongsi bersama dengan rakan kerja lain secara online melalui google drive. Adakah ia selamat? Ya, ia dilindungi oleh sistem keselamatan data google inc. Tidak semua maklumat dan data boleh dikongsi. Kita boleh pilih fail mana yang boleh dikongsi atau tidak. Contoh lain, apabila ada tugasan menghasilkan rekabentuk. Saya menggunakan software photoshop untuk menghasilkannya. Setelah siap ia ...

Dari Era Elektronik Berubah Kepada Digital

Dulu kita selalu dengar tentang kerajaan elektronik, bermaksud urusan kerajaan menggunakan medium elektronik seperti komputer dan internet. Laman web kerajaan mula berkembang, permohonan itu dan ini ditawarkan secara online dan boleh isi borang online. Nampak menarik dan sangat memudahkan. Konsep yang sama kita boleh guna untuk sosial dan bisnes sendiri. Kita buka laman web sendiri, sama ada berbayar atau mahu yang percuma. Kalau percuma boleh guna blogger seperti yang saya guna ini. Apa yang boleh kita buat dengan membangunkan laman web sendiri? Kita boleh berkongsi maklumat dan pandangan. Serta menawarkan sesuatu yang bermanfaat kepada umum. Orang ramai mahu tahu apa yang kita fikirkan, mahu tahu apa yang kita tawarkan dengan lebih lanjut lagi. Melalui laman web kita boleh sampaikan. Malahan kita boleh wujudkan borang online bagi permohonan pelanggan yang berminat dengan tawaran kita. Tidak perlu lagi kita mendapatkan maklumat apa yang dimahukan pelanggan secara panggilan. Pelan...

Persoalan Tentang 4G LTE Wifi Modem USB Stick

Image
Masih ada yang bertanya tentang Wifi Modem ini apa gunanya? Kalau sudah ada henpon pakai saja henpon dan kalau nak share wifi guna tathering saja. Betul, henpon boleh jadi hotspot wifi menggunakan tathering. Tetapi ia akan menggunakan banyak kuasa bateri henpon dan menjadi lebih cepat panas. Ya, boleh sambung ke soket pengecas atau power bank kalau bateri habis. Tapi sampai bila henpon anda mampu bertahan kalau asyik dicas saja sepanjang masa. Anda perlu fikirkan ketahanan bateri henpon dan kekerapan mengecas henpon akan menyebabkan bateri henpon anda cepat kong dalam masa singkat saja. Anda perlu fikirkan keperluan untuk memastikan anda boleh melayari internet dalam jangka masa lama tanpa menjejaskan prestasi henpon anda. Dengan menggunakan wifi modem usb stick ini, anda hanya pasang pada soket pengecas henpon atau power bank jika berada di luar rumah atau bangunan tanpa perlu risau bateri henpon cepat habis untuk urusan panggilan yang penting apabila diperlukan. Kalau a...

Promo 4G LTE Wifi Modem USB Stick

Image
PROMOSI HARGA   4G LTE WIFI MODEM USB STICK HANYA RM135   Hanya ada 1 stok tersedia. Siapa cepat dia dapat.   Akan sampai ke rumah anda  dalam tempoh 3-7 hari bekerja. Maklumat lanjut produk sila KLIK DISINI

Spesifikasi Penuh 4G LTE WIFI MODEM

Image
This is not only a modem or a router, it is a real UFI, You can use it in cars via standard usb port, and outside with powerbank via standard usb port. 1.This is not only 4G USB Modem! This is USB Wi-Fi Modem Router. 2. Wireless access is available on both 3G&4G network and Wi-Fi networks. 3. Internet connection sharing, up to 8-10users can access the Wi-Fi network at the same time.  4. Work with external power supply, no limited working time. Frequency: FDD LTE: B1(2100MHz),B3(1800MHz)  Celcom B3(1800MHz)  Digi B3(1800MHz)  Maxis B3(1800MHz)  U Mobile B3(1800MHz)  Security Features: Supported WLAN: 802.11 b/g/n  Micro SD slot: 32GB supported  wireless multimedia file sharing  FDD-LTE/TDD-LTE: UL 50M / DL 100Mbps  DC-HSPA+: UL 5.76M / DL 42Mbps  support :Windows XP(SP2)/ VISTA / WINDOWS7(32bit/64bit) WINDOWS 8 8.1/Mac OS X 10.5 or higher 10.7/Ubuntu 10.04 or above Key Spe...

Simkad Khas Untuk Internet

Image
Adakah anda menggunakan sim kad Khas untuk internet sahaja? Ia berbeza dengan Sim kad di dalam henpon. Ia untuk kegunaan lebih banyak peranti wifi sehingga 10. Sama ada henpon atau laptop dan pc. Sambungkan pada soket atau power bank dan on wifi henpon dan laptop untuk mengesan hotspot wifi. Sambungkan wifi dengan memasukkan password. Kelebihannya, henpon tidak panas dan jimat bateri jika tidak on data sentiasa atau mahu online bagi satu jangka masa yang lama. Juga jimat kos kerana menggunakan modem wifi Hotspot dalam bentuk usb stick. Simpan dalam poket bawa ke mana mana, pasang dan guna. Tanpa soket elektrik pun masih dapat guna power bank. Kalau anda banyak buat kerja guna internet di pejabat atau rumah wifi usb stick ini sangat sesuai untuk anda. Tak perlu kacau internet henpon anda untuk tathering wifi hotspot. Boleh saja guna Sim kad biasa prepaid yang dijual di kedai. Boleh semak baki kredit dan kuota internet pakai online. Tak semestinya guna henpon pakai dail kod terte...

Portable Wifi USB Stick

Image
Hanya dengan pasang dan guna saja pada Power bank ketika di luar rumah atau tempat tiada bekalan kuasa elektrik pun boleh guna. Di dalam rumah atau pejabat pula pasang pada charger Henpon yang sedia ada saja atau pada soket yang ada slot usb pun dapat guna dan jimatkan bateri Henpon anda ketika online. Tak perlu kontrak postpaid celcom atau maxis atau digi untuk dapatkan pakej bersama modem wifi hotspot. Hanya guna simkad prepaid sedia ada juga boleh guna dan tukar pelan yang lebih banyak kuota untuk kegunaan lebih banyak akses internet sehingga 10 pengguna. Harga lebih murah dan jimat. Boleh guna di office, sekolah, bawa bersama waktu cuti, guna dalam kereta dan di mana mana saja. Ianya portable atau mudah alih. Maklumat lanjut tempahan pembelian boleh dapatkan melalui link ini 4G LTE WIFI HOTSPOT MODEM  

Mobile Wifi Hotspot

Image
Adakah anda inginkan satu sim kad yang hanya digunakan untuk data saja, tetapi boleh digunakan sehingga 10 peranti wifi dalam satu masa. Misalnya anda ada 3 telefon bimbit, 1 tablet tanpa sim kad dan 1 komputer laptop. Bagaimana hendak menjadikan sim kad anda boleh menjadi satu hotspot kepada rangkaian wifi bagi telefon bimbit, tablet dan laptop anda? Apa yang anda perlukan adalah peranti atau alat yang dinamakan 4G LTE wifi modem ( Klik Disini ). Pasangkan sim kad ke dalam alat tersebut dan ia akan mengaktifkan rangkaian internet anda. Hanya pasang ke soket pengecas telefon atau powerbank atau boleh dipasang ke soket pencucuh dalam kereta anda, ia automatik ON. Password bagi rangkaian wifi daripada peranti tersebut ada di belakang penutupnya. Tiada masalah line kena curi. Nak tukar password pun boleh dengan memasang modem tersebut pada komputer. Bagaimana sekiranya sim kad anda jenis prepaid? Untuk postpaid tiada masalah kerana bayar setiap bulan untuk terus kekal aktif in...

Bertindak Secara Tertib

Sebelum ini telah dibincangkan tentang idea dan imaginasi. Kita ulang kaji balik, idea itu cuma pandangan dan pendapat yang ada isinya sementara imaginasi adalah bayangan tentang apa hasil yang akan dicapai dan bagaimana ia diusahakan bagi mencapai hasilnya. Sekarang kita bergerak kepada tindakan. Idea saja tak cukup, imaginasi saja cuma angan angan. Sudah ada bayangan hasilnya tapi tak dibuat. Jadi, bertindaklah supaya idea dan imaginasi itu jadi kenyataan. Namun begitu, kita tentu banyak melihat ramai orang bertindak tetapi kenapa ada yang masih gagal atau tidak mencapai hasil yang dikehendaki. Walaupun berjaya bertindak tetapi hasilnya tak seperti diharapkan. Bagaimana hasil yang tak seperti diharapkan itu? Tak mengikut kehendak yang sebenar, kos melebihi apa yang ditetapkan, tempoh masa lama diambil untuk siap. Betul.... Kita cuma manusia biasa saja, tidak akan sempurna dan mencapai kesempurnaan yang diharapkan. Namun, tidakkah kita terfikir bahawa menghampiri kesempurnaan i...

Imaginasi Sebagai Keyakinan Diri

Imaginasi adalah alat kepada idea supaya ia dapat dilaksanakan dengan baik. Imaginasi merupakan gambaran di dalam mental. Kita ada satu idea, kemudian kita menggambarkan rupa bentuk idea itu, bagaimana ia dapat dilakukan. Idea cuma sebutan atau apa yang kita perkatakan tentangnya. Sehingga kita dapat menjelaskan rupa bentuk dengan melukis gambar atau lakaran supaya dapat faham kenapa idea itulah perlu dibuat dan bagaimana membuatnya. Semuanya adalah dalam bentuk gambaran imaginasi kita. Imaginasi lebih penting daripada idea. Kerana imaginasi akan memberi kepercayaan dan keyakinan tentang rupa bentuk sesuatu perkara yang kita mahu lakukan. Kita tidak akan berusaha bersungguh sungguh sekiranya kita tidak nampak gambaran apa yang kita mahu capai. Bagaimana imaginasi iatu boleh memberi nyawa kepada idea yang mati atau menghidupkan idea yang pada mulanya cuma dianggap angan angan. Idea akan menjadi satu kenyataan sekiranya perkara yang boleh merealisasikannya dapat dijelaskan dengan te...

Idea sebagai dorongan

Selain dorongan, idea juga adalah sebuah tenaga, juga boleh dikatakan sebagai penawar kepada masalah. Bagaimana ia menjadi satu dorongan? Apa bezanya bila tidak ada idea dengan adanya idea? Apabila ada idea akan mengubah situasi. Tiada idea tak ada apa apa yang luar biasa berlaku. Keadaan menjadi biasa biasa saja. Bagaimana pula idea itu menjadi sebuah tenaga? Apabila masalah timbul, apa bezanya keadaan yang tiada idea dengan ada idea. Bila tiada idea, keadaan menjadi kelam kabut, huru hara, tidak tahu apa nak buat, bingung, bimbang, risau, takut dan macam macam lagi emosi tidak tentu arah dirasakandirasakan. Jika ada idea pula bagaimana keadaan masalah itu dihadapi? Menjadi bersemangat, tidak takut, berani untuk bertindak, tahu apa nak buat dan penyelesaian dapat diusahakan. Dengan adanya idea, sesuatu masalah itu dapat dilihat dengan jelas kenapa dan bagaimana ia berlaku. Melalui idea, boleh tahu bagaimana ia dapat diselesaikan. Idea menjadi satu tenaga penggerak untuk penyelesa...

Menulis untuk diri sendiri

Kenapa kita berbuat baik? Sebab kita beragama. Dalam ajaran agama Islam setiap perbuatan baik akan dibalas dengan pahala. Apa gunanya pahala itu? Pahala adalah satu bentuk matawang di akhirat kelak. Pahala yang banyak melayakkan kita dihisab dengan mudah dan masuk syurga dengan senang. Begitu juga menulis adalah kerana mahu berbuat kebaikan kepada diri sendiri. Apa yang ditulis sebagai meningkatkan keyakinan diri dan menambah kefahaman tentang sesuatu perkara. Menulis adalah sebuah idea dan untuk mengembangkan isi kandungan yang ditulis memerlukan imaginasi yang tinggi. Cuba menulis tanpa berfikir, dapatkan kita huraikan apa yang nak ditulis? Imaginasi adalah cara untuk berfikir dengan melihat sesuatu dalam bentuk buah fikiran atau gambaran di dalam otak. Dari penulisan itulah kita dapat faham apa yang kita fikirkan. Orang lain tidak faham atau kurang faham bukan masalah kita. Masalah kita adalah jika kita tidak faham kita akan jahil. Orang lain kalau tidak faham mesti bertanya. T...

Idea, Imaginasi dan Tindakan

Tajuk posting ini adalah intipati daripada buku "Think and grow rich". Kehidupan ini adalah berunsurkan jisim dan benda. Jisim membentuk tenaga dan benda menghasilkan kemudahan. Sebagai contoh jisim adalah berat manusia, berat yang banyak membolehkan bertahan daripada tekanan berbanding orang yang beratnya ringan. Dengan berat yang besar membolehkan ia menolak sesuatu dengan mudah memindahkan tenaga tolakan itu kepada gerakan benda tersebut dengan lancar. Secara amnya jisim adalah dorongan yang menghasilkan tenaga. Antara lori dan kereta yang mana lebih laju dan mana pula lebih kuat. Kereta jisimnya ringan maka tenaga yang diguna untuk menjalankannya membolehkannya bergerak lebih laju. Tetapi tidak mampu membawa bebanan yang lebih berat seperti lori. Prinsipnya mudah. Begitu juga idea, ia adalah satu bentuk jisim yang mendorong untuk kita bertindak melakukan sesuatu. Idea saja tidak cukup, ia juga perlukan imaginasi. Imaginasi adalah cara berfikir, bagaimana membayangk...

Jangan Kecewa Andainya Tak Dihargai

Jika kita berbuat kebaikan, siapa akan menghargainya? Dunia hari ini menyaksikan apa saja kerja kebaikan yang dilakukan semuanya mahu mengharap penghargaan daripada manusia. Kalau tidak dibayar tidak akan berbuat baik. Ini berlaku di mana mana malah di tempat kerja sekalipun. Kita akan menyaksikan banyak ketidak adilan berlaku di dalam kerja. Orang yang bertanggungjawab atas pekerjaan itu tidak menunaikan tanggungjawabnya. Lalu tanggungjawab itu dibebankan ke atas pekerja lain. Kerja lebih masa dan kerja lebih tugas dipaksakan supaya dianggap sebagai satu perbuatan baik. Tak perlu lah minta ganjaran atau upah kerja lebih masa. Tetapi apa yang berlaku adalah siapakah yang mendapat keuntungan dan manfaat daripada kebaikan itu. Dalam keadaan begitu, berlaku satu kezaliman dan penindasan yang halus dan tidak boleh dipersoalkan. Sebagai seorang yang tidak ada kuasa apa boleh dibuat? Bekerja kerana mengharap penghargaan manusia memang akan mengecewakan. Apa yang dilakukan tidak akan s...