Apa Itu Tawakal Dalam Bisnes

Tawakal bermaksud berusaha terlebih dahulu kemudian berserah kepada Allah untuk menentukan apa akan terjadi seterusnya. Setelah kita melakukan sesuatu usaha pasti mengharapkan hasilnya. Namun, ia bukannya kerana sebab diri kita semata mata atau bagaimana kita melakukannya disebabkan kepandaian dan kehebatan kita. Usah sombong dan berlagak, Allah mengetahui apa isi hati kita.

Kita akui akan kelemahan kita, bukan bermakna menghina diri kita. Kita berusaha perbaiki kelemahan itu dan mengharap apa yang diusahakan diterima Allah sebagai amal untuk memakmurkan kehidupan dunia. Bukan untuk menunjuk nunjuk atau riak berlagak sangat hebat mengharapkan agar manusia lain kagum dan mahu jadi pengikut kita.

Jika kita ada kelebihan dan keupayaan melebihi orang lain sekalipun, sebaiknya kita merendah lah diri. Zaman sekarang terutama di dalam dunia bisnes, memerlukan kita menunjuk nunjuk supaya dipercayai ramai orang dan mempunyai pengikut yang ramai. Ini mereka namakan sebagai strategi marketing atau pemasaran. Kadang kadang apabila terlalu teruja nak menunjuk nunjuk kita hebat siap dengan bukti pencapaian sebenar. Apabila ada orang sudah percaya maka peluang itu tak dilepaskan dan dirembat terus. Hasilnya, urusniaga berlaku.

Sesetengah urusniaga tersebut adakalanya mengakibatkan ada pihak yang terpedaya dan kemudiannya teraniaya. Dalam bisnes materialistik begitulah. Itu bukan tawakal namanya, itu membangga diri dan menyombong diri dengan kehebatan memutarbelit sehingga ramai orang percaya.

Urusniaga yang terbuka kadang kadang dianggap kuno ketinggalan zaman berbanding urusniaga pujuk memujuk sampai cair dan tunduk mahu membeli. Urusniaga seharusnya tiada unsur paksaan dan putarbelit. Bagi ruang untuk berfikir dan menilai. Bukan menutup ruang tersebut sehingga pengguna tidak dapat lagi berfikir panjang lalu menyerah wangnya supaya tidak diganggu lagi dengan desakan.

Ini cuma pandangan, kefahaman tentang bisnes dizaman yang penuh dengan persaingan ini akan membentuk pelbagai strategi pemasaran yang kadang kadang melampaui batas kebebasan memilih. Tapi itulah, jika sudah rezeki tak akan ke mana. Jika berusaha bersungguh sungguh dan bertawakal, in sha Allah apa yang dikehendaki akan ditunaikan Nya.

Jika kita tidak yakin pada Allah, bila nampak peluang untuk dapat untung besar walaupun melampaui batas kejujuran, sudah tentu kita anggap ia atas kebijaksanaan dan kehebatan diri dalam usaha memujuk pembeli.

Comments

Popular posts from this blog

Simkad Khas Untuk Internet

Mobile Wifi Hotspot

Persoalan Tentang 4G LTE Wifi Modem USB Stick