Kedekut Itu Apa?

Kedekut Itu takut untuk rugi walau 1 sen pun. Kedekut Itu tidak mahu ada orang lain lebih dari kita, bimbang sekiranya kelak orang itu akan menyaingi kita dan menganiaya kita. Adakah kita percaya dan yakin kepada Tuhan? Kedekut tidak menguntungkan sedikitpun, begitu juga terlalu pemurah tidak akan menguntungkan kita terlalu banyak.

Kata orang buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali. Bukannya kita disuruh terlalu begitu pemurah. Bukan pula bila tidak mahu terlalu pemurah jadi kedekut. Kita perlu memahami bagaimana aturan kehidupan itu terjadi. Apa yang kita miliki bukan lah milik kita walaupun kita ada hak ke atasnya. Apa yang menjadi hak adalah kita berhak menguruskannya dengan cara yang sebaiknya. Bukannya disuruh kedekut dan juga terlalu pemurah.

Bila kita menyakini rezeki itu milik Allah, kita tidak akan mahu kedekut. Bila kita meyakini menjadi pemurah walaupun sedikit, kita tidak akan kedekut. Rezeki itu ada banyak bentuk, bukan duit saja atau harta benda. Sihat juga rezeki, masa lapang juga rezeki, dipermudahkan urusan juga rezeki, jiwa tenang juga rezeki, cepat faham ilmu juga rezeki, mendapat petunjuk daripada ilmu juga rezeki. Jika kita tidak kedekut, akan dikurniakan dengan pelbagai bentuk rezeki yang tak disangka sangka.

Perkara apa yang kita selalu kedekut? Bukan duit tapi amal kebaikan. Kita tak mau buat kebaikan walaupun dengan berkongsi pandangan tentang sesuatu perkara. Pandangan yang membina, pandangan yang menasihat, pandangan yang membuka akal. Kita biarkan orang lain terus jahil dan tidak sedar. Kita bimbang bila orang lain sedar peluang kita akan tertutup. Bila kita nampak ada kepentingan dalam sesuatu perkara kita tak mahu berkongsi apa apa pandangan. Biar kita saja tahu supaya kita boleh dapat apa saja keuntungan daripadanya.

Bila kita tidak yakin dengan kurnia Allah, kita cenderung untuk kedekut. Padahal apa jua yang kita lahirkan dan sembunyikan daripada pengetahuan orang lain adalah milik Allah swt. Menjadi pemurah bukan hanya dengan menghulur duit semata mata, atau menyumbang tenaga kerja tanpa meminta upah. Menjadi pemurah boleh dalam pelbagai rupa bentuk. Senyuman boleh membuat hati orang senang, perkataan yang baik tidak akan menyakitkan hati orang, memberi nasihat dan peringatan tidak merugikan kita, menulis hal yang baik tidak mengurangkan amal baik kita.

Apa yang dilarang adalah jangan memfitnah, jangan menyebar cerita bohong, jangan menyakiti hati orang, jangan menghina, jangan mencela, jangan menganiaya, jangan sembunyikan kebenaran, jangan mengambil hak orang. Jadi, apa nak dikedekutkan dengan perkataan yang baik atau nasihat serta pandangan yang boleh mempermudahkan jalan orang lain. Cukup sekadar memberi cadangan dan biarkan orang lain bertindak melakukannya. Tapi pandangan itu biarlah bernas dan rasional. Orang lain pun tak sewenang akan terima pandangan itu. Mereka akan fikir dulu.

Tidaklah sampai menjadi sangat pemurah dengan menyuap dar A sampai Z untuk mempermudahkan urusan orang lain. Orang lain hanya ternganga minta disuap dan menikmatinya. Itu pemalas namanya dan menggalakkan orang menjadi pemalas. Itu bukan membantu, itu menyusahkan diri dan membuatkan orang lain lama kelamaan lupa dirinya.

Usah kedekut, tidak ada manfaatnya menjadi kedekut. Hanya orang yang takut rugi saja kedekut, tidak percaya dan yakin dengan rezeki yang datang tanpa disangka. Mungkin kerana tidak dapat menduga rezeki maka jadi kedekut nak mampus. Kedekut Itu sifat orang yang cintakan dunia dan panjang angan angan. Sehinggakan kedekut itu akhirnya menjadi milik orang lain apabila mati dan sakit tidak ada keupayaan diri lagi.

Berbuat baiklah walaupun hanya dengan sedekah rm1 ataupun dengan satu perkataan yang menyenangkan orang lain atupun secebis senyuman yang menenangkan jiwa orang lain. Berbuat baik itu tidak lah sampai kita menjadi terlalu pemurah. Biarlah ikut kemampuan kita. Kita rasa hanya dapat sumbang rm5, berikanlah. Bukan dipaksa untuk sumbang rm100. Jika dipaksa dan ditetapkan supaya sumbang rm100, itu zalim namanya. Sedangkan kita perlukan rm100 itu. Tidak perlu tetapkan rm100, cukuplah dengan sekadar yang mampu kita sumbangkan.

Jangan sekali kali kedekut, dan jangan lah pula terlalu pemurah. Pemurah ada batasnya dan biarlah ia ikhlas dari hati, bukannya paksaan dan ditetapkan apa dan berapa perlu kita sumbangkan.

Comments

Popular posts from this blog

Simkad Khas Untuk Internet

Mobile Wifi Hotspot

Persoalan Tentang 4G LTE Wifi Modem USB Stick