Harga Sebuah Rezeki

Adakah kejayaan itu diperoleh secara percuma? Tidak. Kita perlu buat kebaikan dahulu baru lah akan dapat hasil sebuah kejayaan. Mahu dapat upah duit buat kerja dulu. Mahu dapat ganjaran duit buat baik dulu dengan tolong orang. Tapi kena minta izin dulu, jangan buat saja.

"Tuan, ada kerja tak untuk saya buat dan dibayar upah dengan kerja itu.... Tuan, ada apa yang boleh saya tolong supaya saya diberi ganjaran hasil daripada pertolongan itu".

Begitulah kehidupan ini, kita kena faham hidup ini untuk apa? Kenapa kita hidup? Apa tujuan kita hidup? Hidup bukan percuma. Ada harga perlu kita bayar dan ganjarannya kita akan dikurniakan rezeki yang pelbagai. Manusia wujud di dunia sebagai bukti dan saksi. Kita menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah. Kita perlu buktikan kita hidup adalah kerana Allah dan bersedia melaksanakan apa yang diperintah mengikut kemampuan.

Kita tak dipaksa pun untuk buat perkara yang kita tidak mampu namun tidak pula rezeki kita dikurangkan sedikit pun. Apa yang penting buat dan menjadi saksi kepada keesaan Allah. Kerja mudah saja tapi sangat berat dilakukan oleh ramai manusia. Kenapa?

Masih ramai tidak faham kenapa hidup di dunia. Masing masing berlumba lumba mengejar kejayaan dengan menetapkan siapa lebih hebat. Hingga melupakan kehebatan Allah dan meninggalkan apa yang diserukan untuk kita lakukan. Dalam kehidupan ini kita perlukan rezeki untuk terus hidup. Namun, kenapa pula berlumba lumba mengejar rezeki seolah olah ianya akan habis atau dibolot oleh orang lain.

Jikalau kita percaya dan yakin pada Allah, kita tidak khuatir dengan rezeki kita. Ia tetap akan ada dan harga yang perlu kita bayar untuk mendapatkannya adalah dengan melakukan sebuah kebaikan dan juga kebajikan. Bekerja adalah satu kebaikan, kita tolong orang permudahkan orang dan dibayar upah. Tapi jangan pula bertuhankan orang yang memberi upah tersebut. Jangan pula melampaui batas.

Kita bekerja tolong orang sambil menyebarkan kebaikan yang lain, maka Allah tambahkan lagi rezeki selain upah yang diterima. Sebagai contoh dapat upah gaji rm1000 sebulan dan ia lebih daripada cukup untuk menampung keperluan. Kerana ada kemahiran lain, ditawarkan melakukan kerja sampingan dengan bayaran upah rm300. Itulah tambahan untuk kebaikan yang boleh dilakukan.

Kemudian, dapat pula kesihatan yang baik. Jarang atau tak pernah sakit parah sehingga menelan kos yang banyak. Juga tidak menanggung terlalu banyak beban lain yang memerlukan kos tambahan. Itu namanya rezeki yang tidak nampak dan itulah harga yang dibayar bagi sebuah kebaikan.

Kejayaan hidup yang sebenar adalah kejayaan untuk terus hidup dengan aman makmur serta bahagia. Apa ertinya kejayaan jika kos yang ditanggung terlalu mahal harga. Menanggung segala derita dan kesan yang berpanjangan. Mengejar kejayaan yang penuh dengan kemewahan tetapi patah tangan atau kaki tak sama dengan berjaya hidup walaupun sederhana namun rezeki tidak pernah putus. Nikmatnya lain, sangat berbeza sekali.

Harga kehidupan yang mewah dengan cacat kaki tangan terlalu mahal untuk ditanggung. Berbanding harga kehidupan yang terus sihat dan boleh pergi ke mana mana walaupun dalam keadaan yang biasa biasa tidak mewah dengan harta benda. Walaupun harga kosnya murah tapi nilainya mahal dan lebih bertahan lama.

Kita lupa apabila kita terlalu mengejar kemewahan hidup, semuanya akan menanggung kos yang sangat mahal. Nilai hidup akan menjadi sangat murah dan rapuh cepat binasa. Contoh memiliki kekayaan rumah yang besar tetapi menanggung kos bil air api dan orang gaji yang tinggi. Sementara itu sentiasa dicemburui oleh mereka yang irihati dan dengki. Nilai hidup ibarat telur di hujung tanduk.

Benar, menjadi mewah itu seronok boleh beli dan buat apa saja tetapi kita akan menanggung kos lainnya juga. Berbanding hidup sederhana yang hanya perlu menikmati kehidupan tanpa perlu risau menanggung kos dan dicemburui orang lain. Hidup lebih bebas dan aman. Harga atau kos murah namun rezeki tidak putus putus.

Begitulah hidup.... banyak perkara yang kita tidak ketahui dan sedari akan hakikatnya.

Comments

Popular posts from this blog

Simkad Khas Untuk Internet

Mobile Wifi Hotspot

Persoalan Tentang 4G LTE Wifi Modem USB Stick