Bagaimana Hendak Menjadi Pemurah?

Apa tujuannya kita menjadi seorang yang pemurah? Pemurah bermakna tidak kedekut, sudi berkongsi sedikit kurnia yang kita peroleh, tidak berkira kira memberi sumbangan, ikhlas memberi bantuan walaupun sedikit.

Bersifat pemurah adalah satu kebaikan yang dituntut tetapi tidak boleh menunjuk nunjuk atau riak walaupun kebaikan itu dalam perkara yang kecil. Riak akan jatuh hukum apabila kita dikaitkan secara langsung dengan kebaikan itu daripada mulut atau perbuatan kita sendiri.

Contohnya dalam membuat kenyataan "akulah yang telah buat itu dan ini, kalau bukan aku yang tolong takkan ke mana, tanpa aku mereka takkan maju". Contoh perbuatan pula adalah dengan menunjukkan gambar diri sendiri sedang buat apa, dengan siapa, bagaimana dan di mana. Tak dinafikan kadang kala kita sendiri terbuat perkara ini walaupun bukan dengan niat.

Untuk jadi pemurah jangan menunjuk nunjuk atau riak, jangan membangga diri, jangan mewar warkan dengan bangga sekali memberitahu orang lain. Jika mahu melakukan kebaikan, buat secara sembunyi sembunyi atau jika mahu menceritakan kepada orang lain jangan kaitkan diri. Cukup saja bercerita apa kebaikan yang perlu dilakukan dan gunakan contoh yang tidak menonjolkan diri kita. Dalam bisnes ramai yang terperangkap dengan perkara syubhah berunsur riak.

Menjadi pemurah perlu menjaga adab dan akhlak yang mulia. Jangan kita bercerita tentang kebaikan kita, biar orang lain yang bercerita tentang kita. Tapi bukan pula menyuruh orang lain bercerita hal kebaikan kita, itu menipu namanya. Menjadi pemurah perlukan keikhlasan dan kejujuran walaupun tidak dihargai dan dibayar setimpal dengan apa yang diberikan.

Jangan mengharap kepada makhluk atas setiap kebaikan yang diberi walaupun perasaan itu mungkin wujud. Namun itu cuma mainan perasaan. Biarlah kita mengharap balasan setimpal daripada Allah yang Maha Esa. Cepat atau lambat biar Dia tentukan. Serah pada Nya dan bertawakal lah. Walaupun dalam hidup ini bukan semua benda boleh dapat percuma, semuanya pakai duit. Maka ada yang anggap setiap kebaikkan tentulah mengharap ganjaran dan bayaran setimpal daripada orang yang kita tolong.

Bukan begitu, menjadi pemurah kita buat baik kerana itu perintah Allah swt. Biar Dia yang menentukan apa akan jadi seterusnya. Contohnya kalau kita tolong orang, kita tak minta supaya dibalas dengan sesuatu yang lebih baik atau banyak daripada apa yang kita berikan. Tetapi sekiranya orang itu mahu beri juga maka itu atas sebab kehendak Allah swt. Kita boleh saja tolak dengan baik atau menerimanya sahaja tetapi dengan sopan dan beradab.

Kita mungkin terima pemberian orang lain yang kita tolong dan kita berikan pula kepada orang lain yang lebih memerlukan tanpa pengetahuannya. Maka kebaikan itu akan berbalik semula kepadanya, bukan kita. Kerana kita mahu mendapat rahmat Allah dan redha Allah. Jika itu yang Allah nampak pada diri dan peribadi kita, Dia takkan sia siakan dan akan balas dengan kebaikan lain yang setimpal, kebaikan yang tidak akan dapat kita tolak. Semua itu terjadi kerana ia adalah janji Allah bagi setiap kebaikan yang dilakukan.

Sesungguhnya Allah swt lebih pemurah lagi maha mengasihani daripada manusia. Kenapa pula kita bersifat kedekut atau tamak? Memiliki sifat pemurah adalah sangat dituntut. Kemurahan Allah dalam kurniaan Nya tidak disedari kebanyakan manusia. Kita hidup dan menikmati segala kemudahan kehidupan atas kemurahan Allah. Namun ramai yang tidak bersyukur.

Jadilah seorang yang pemurah, buat kebaikan walaupun sedikit dan tidak sebesar mana pun sudah cukup untuk buktikan kepada Allah kita patuh pada perintah Nya.  Bercakap dengan baik, menulis hal yang baik baik, menyampaikan penulisan yang baik baik dan menyebarkannya antara kemurahan kita dalam berbuat kebaikan. Semuanya adalah percuma dan nantikan "bayaran" daripada Nya.

Comments

  1. Bagaimana Hendak Menjadi Pemurah? >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Bagaimana Hendak Menjadi Pemurah? >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Bagaimana Hendak Menjadi Pemurah? >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK jv

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Simkad Khas Untuk Internet

Mobile Wifi Hotspot

Persoalan Tentang 4G LTE Wifi Modem USB Stick