Bersatu Dengan Perbezaan Pendapat

Berbeza pendapat bukan untuk berdebat mau cari gaduh siapa betul siapa salah. Ada perkara yang menjadi persoalan untuk mencari penyelesaian, tetapi apabila melibatkan emosi bukan lagi penyelesaian yang dicari. Sebaliknya cari gaduh.

Kadang kadang dalam perbincangan umum, ramai yang kurang jelas apa tujuan sesuatu persoalan dibangkitkan. Apabila terlalu beremosi maka ia mula dianggap sebagai hal sensitif. Emosi dalam penulisan boleh dikesan, lihat daripada cara penyampaiannya.

Penyampaian yang matang penuh dengan isi dan maklumat. Idea bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan juga pandangan bernas diselit dengan ilmiah bagi memberi kefahaman dan penjelasan. Apabila emosi mula mencampuri perbincangan, maka ia perlu dikawal semula atau jangan diteruskan.

Itu gunanya moderator dalam sesuatu perbincangan atau persoalan yang timbul dalam sesuatu kumpulan. Berbincang dalam kumpulan, pengaruh emosi tidak dapat dielakkan. Dalam perbincangan yang lancar dengan pelbagai pendapat tak kira positif maupun negatif, tiba tiba muncul unsur emosi yang membangkitkan kemarahan atau tidak puas hati.

Apa yang dikatakan dengan pengaruh emosi yang boleh menjadikan perbincangan itu mula dianggap sebagai memecah belah? Apabila berlaku pertikaman lidah dengan kutuk mengutuk, kata kesat, menghina, menyerang peribadi dan membuat tuduhan liar ke atas pihak tertentu.

Kita berbincang untuk mencari jawapan kepada sesuatu persoalan dan penyelesaian kepada masalah dihadapi. Dalam perbincangan itu sudah tentu berlaku perbezaan pendapat. Kita kena terima dan hormat pendapat orang lain. Bukan menganggap pendapat kita paling betul, orang lain salah tidak betul.

Semua kita tak terlepas daripada buat kesilapan. Jika kita boleh terima pendapat orang lain tanpa beremosi, kita juga boleh perbetulkan kesilapan sendiri. Mereka yang tidak akui kesilapan sendiri mempunyai sifat ego dan keakuan yang tinggi. Terlalu mementingkan diri dan tidak hormat pada orang lain.

Jika begitulah perangai yang ditunjukkan semasa berbincang dalam media sosial, begitulah juga perangai di dunia realiti. Mereka yang pentingkan diri ada kepentingan sendiri. Jika ada yang berbeza pendapat dengannya maka orang itu dianggap mengancam kepentingannya, dan perlu disekat supaya pandangannya tak diterima umum.

Comments

Popular posts from this blog

Simkad Khas Untuk Internet

Mobile Wifi Hotspot

Persoalan Tentang 4G LTE Wifi Modem USB Stick