Apabila Minda Disekat
Minda yang disekat akan beku, takut, tidak kritikal, lembab, malas, cepat putus asa, hilang semangat dan tiada lagi berkeyakinan. Minda secara semulajadinya mampu berkembang dalam bentuk pemikiran ingin tahu dan apa jawapan kepada penyelesaian sesuatu masalah atau persoalan yang berlegar di minda.
Kita boleh lihat kesan akibat minda yang disekat sama ada daripada perlakuan dan juga tindakbalas seseorang dalam suatu persoalan. Kesannya adalah pelbagai bergantung kepada bentuk sekatan minda yang dikenakan. Ada yang tidak dibenar berfikir melampau, atau melawan arus. Mesti ikut rentak majoriti jika tak mahu disisih. Maka kena ikut suara orang ramai.
Tapi, kalau kita kaji perjalanan hidup dalam sejarah atau kisah manusia, minda yang disekat banyak menerima tentangan walaupun pemikiran yang disampaikan untuk kebaikan umum. Mereka inilah banyak jadi mangsa manakala pengikut yang tidak menentang walaupun salah akan terlepas buat seketika dan sejarah akan membuktikan bahawa mereka inilah perosak sebenar kehidupan manusia.
Orang yang menentang dengan pemikiran minda yang agresif memiliki pandangan yang jauh ke hadapan menjangkaui pemikiran yang ada pada masa itu. Tetapi dianggap mengancam kedudukan mereka yang berkepentingan. Maka, minda seperti itu perlu disekat sebelum memberi kesedaran kepada ramai orang.
Namun, apabila kesedaran umum tidak dapat disekat lagi maka idea daripada minda yang disekat itu dipergunakan dan diakui sebagai hakmilik.

Comments
Post a Comment