Pesan Untuk Orang Muda
Kita semua pernah menjadi muda, tetapi ada orang muda yang masih lalai dengan kesenangan dan keindahan dunia sehingga lupa suatu masa kelak akan menjadi tua. Sebagai orang muda apa yang perlu kita ingat? Dalam Islam ada diperingatkan tentang 5 perkara sebelum 5 perkara. Dalam Islam juga ada diperingatkan tentang asas kehidupan seseorang individu adalah rumah, pakaian dan makanan yang cukup. Kenapa?
Kerana ia adalah asas untuk persediaan sebuah keluarga. Hidup ini bukan untuk seronok seronok. Hidup ini ada tanggungjawab. Jangan disesatkan dengan kalimah usia muda masa untuk enjoy, tua nanti barulah beramal ibadah. Zaman sekarang begitu ramai yang mati pada usia muda. Kerana tiada tanggungjawab dalam hidup. Bekerja cari wang ikut politik atau organisasi sana sini bukan lah satu tanggungjawab yang wajib melainkan ia diamanahkan untuk memegangnya. Bukan suka suka nak ikut masuk politik atau mahu dapat jawatan supaya dapat memimpin untuk buat itu ini.
Berkeluarga adalah satu tanggungjawab dan amanah. Ia adalah satu kewajiban, bukan untuk keseronokan. Apabila kita tahu ia satu kewajiban maka persiapkan asasnya dahulu. Cukupkan pakaian dan makanan dengan bekerja. Beli atau binalah rumah sebagai persediaan untuk memikul tanggungjawab yang diwajibkan ke atas mereka yang mampu. Itulah amanah yang sebenar. Apabila asas kehidupan berkeluarga sudah ada maka akan ada amanah seterusnya akan dipertanggungjawabkan. Tanggungjawab apa?
Tegakkan kebenaran dan hapuskan kemungkaran. Tanggungjawab itu akan bermula dari dalam keluarga sendiri. Ia memang sukar tetapi oleh kerana berada dalam rumah sendiri ia tentunya boleh menjadi mudah. Jangan menyusahkan diri dahulu untuk menjadi pemimpin dengan memegang jawatan tertinggi dalam organisasi itu dan ini. Pimpin dahulu ahli keluarga sendiri.
Tuhan tidak membebankan seseorang dengan memikul tanggungjawab lain jika itu yang dipilih. Namun jika mahu juga memikul tanggungjawab lain selain memimpin keluarga maka risikonya tanggung sendiri. Tuhan sudah mengatur kehidupan ini dengan baik dan indah secara tersusun, namun kebanyakan manusia masih merasa tidak cukup dengan apa yang ada. Justeru, manusia akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang mereka pilih itu.
Benar, manusia itu suka menganiaya diri sendiri. Rancanglah kehidupan sendiri dari awal. Belajar menuntut ilmu untuk bekerja. Bekerja pula untuk membolehkan membina keluarga. Apabila sudah berkeluarga maka lepas sudah satu kewajiban. Bermula pula satu kewajiban berikutnya iaitu menjadi pemimpin. Kalau keluarga sendiri pun tak dapat nak pimpin, bagaimana nak pimpin orang lain, nak pimpin masyarakat, nak pimpin organisasi. Kalau keluarga sendiri tunggang langgang terbiar bagaimana nak jadi teladan untuk memimpin orang lain.
Bukan mudah nak jadi pemimpin, jangan semata mata nak jadi pemimpin kerana mahu dapat habuan lumayan, mahu dipuja dan dipuji, mahu dapat pangkat dan darjat yang tinggi. Matlamat kepimpinan itu sudah menyimpang jauh. Kepimpinan adalah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan, menghapuskan kejahatan dan kemungkaran. Bukannya untuk menganiaya orang lain, membiarkan kesesatan, menzalimi orang lain dan bersubahat dengan kemungkaran.
Benar kata alim ulama dahulu, akhir zaman kelak tampuk kepimpinan akan dipegang oleh mereka yang tidak layak. Tidak layak disini bermaksud keluarga sendiri pun tak dapat dipimpin dengan baik, ada hati nak jadi pemimpin. Demi kerana wang, pangkat dan harta maka yang tidak layak ini berebut rebut mahukan jawatan kepimpinan itu. Zaman ini kita dipimpin oleh mereka yang tidak layak.
Apabila melalui zaman ini, Tuhan telah memperingatkan jagalah diri, jagalah keluarga dan jagalah ahli keluarga kita. Jangan sampai pemimpin itu merosakkan kita, keluarga kita dan ahli keluarga kita. Bagaimana mereka merosakkannya? Apabila kita disibukkan dengan banyak kerja yang bukan tanggungjawab kita. Apabila kita tidak cukup lagi masa untuk bersama keluarga kita. Apabila ahli keluarga kita dipengaruhi oleh mereka bagi menuruti kehendak mereka.
Berjaga jaga lah kita sekarang... jagalah diri kita, keluarga kita dan ahli keluarga kita daripada kesesatan. Biarpun kita tak dapat nak elakkannya, pastikan kita luangkan masa yang ada untuk bersama keluarga, pastikan kita tidak membabitkan diri dengan kesibukan dunia yang boleh menyesatkan kita, pastikan ahli keluarga kita tidak terpengaruh dengan kesesatan mereka.

Nak tengok pemimpin kita layak atau tak, tengoklah keluarganya... Sama ada terpelihara atau terbiar saja hanyut dengan kesesatan dan kesibukan dunia.
ReplyDelete