Pertempuran Hebat Dalam Diri
Dalam kehidupan ini kita akan sering diuji dari semasa ke semasa. Diuji dengan kesusahan dan juga kesenangan. Apabila susah adakah kita mampu bersabar menahan kepayahan dan apabila senang pula adakah kita juga mampu bersabar menahan kehendak yang bermacam macam.
Pertempuran hidup bukan lah dengan bersaing dengan orang lain siapa lebih hebat. Juga bukan melawan iblis dengan amalan agama yang paling banyak dan paling sempurna.
Kadang kadang apabila kita cuba melakukan kebaikan terperangkap dengan tipu helah dunia. Kononnya kita mahu supaya diberi kesenangan hidup dengan kemewahan harta benda dan wang ringgit. Tetapi apabila diberi semua itu kebaikan dilakukan tetapi bercampur pula dengan kemungkaran yang ditegah.
Seperti menunjuk nunjuk, riak dengan amalan dan apa yang dimiliki. Dengan kemajuan teknologi maklumat serta media sosial hari ini terlalu mudah untuk kita menyatakan apa yang kita buat dan apa yang kita miliki.
Walaupun di dalam bisnes ini penting sebagai satu strategi pemasaran bagi menanam kepercayaan orang ramai. Namun, bagaimana caranya kita menyampaikan sangat penting agar tiada unsur riak dan takbur. Memang agak sukar untuk mengasingkan amalan bisnes dengan amalan yang diperintahkan agama.
Inilah yang dinamakan sebagai satu pertempuran hidup untuk survival diri sendiri. Kita bimbang jika tidak melakukannya maka kita tidak berjaya dan menggunakan alasan berdasarkan logik akal semata mata. Apa yang kita usahakan maka kita akan dapat hasilnya. Itulah logiknya.
Tetapi Al-Quran pula menekankan berusahalah tapi jangan melampaui batas. Keadaan ini membuatkan kita dalam dilema, jika tak dilakukan maka kita kita dapat hasil yang dikehendaki. Dari situlah kita akan diuji, kepada siapakah kita lebih percaya. Adakah percaya kepada diri sendiri atau percaya kepada Allah atau percaya kepada kelebihan yang ada boleh mencapai segala apa yang diinginkan.
Disebut bahawa hidup hari ini semuanya perlukan duit, maka kita pun sedaya upaya yakin pad diri mampu melakukannya biarpun kadang kadang melampaui batas. Apakah batasnya itu? Memberi pendapat yang terlalu membangga banggakan diri dengan kehebatan tersendiri. Memberi contoh yang memperdayakan orang untuk percaya dengan apa yang kita buat itu juga akan memberi kesenangan kepada orang lain.
Dimanakah kesesatan itu akan berlaku? Apabila kita tidak yakin lagi kepada Allah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki. Kita lebih percaya apabila kita buat apa yang orang berjaya buat, kita juga boleh berjaya seperti mereka. Disini unsur taksub dan kehendak yang boleh menyesatkan diri akan timbul sedikit demi sedikit.
Walau apapun, ini cuma pandangan peribadi sebagai peringatan diri. Boleh percaya pada diri mampu melakukan sesuatu namun jangan lupa pada keyakinan sebenar. Apabila dikurniakan kelebihan harta dan wang ringgit, jangan pula takbur dan melampaui batas. Pergunakan sebaiknya sesudah diberi kemudahan itu.
Beringatlah selalu, buatlah kebaikan, sampaikan peringatan, jangan dikejar kehidupan untuk kemegahan dan kemewahan. Tidak ada salahnya berusaha tapi jangan sampai menganiaya dan memperdaya orang lain. Jika ada orang nampak apa kita tulis atau buat dan mahu mengikuti kita, maka katakan kah ia bukan mudah dan ada peraturannya. Bukan mengambil kesempatan untuk mengaut untung ke atas kepercayaan orang lain.

Comments
Post a Comment