Harga Sebuah Kesilapan

Kenapa perlu takut buat kesilapan sedang kesilapan itu sendiri tak boleh dielak. Kita cuba elak kesilapan A dengan mengkajinya dan membuat langkah berjaga jaga tetapi terbuat kesilapan B pulak. Apa yang sering terjadi adalah kita akan sentiasa belajar perkara baru daripada setiap kesilapan yang dibuat.

Apa yang terjadi biarkan ia berlalu dan perbaiki apa kekurangan yang menyebabkan kesilapan itu. Itu lah yang patut dilakukan, bukannya mencari kesalahan orang lain dan menyesali diri kerana kesilapan itu lah menyebabkan kegagalan yang memalukan dan merugikan.

Gagal lulus cemerlang lalu dihina dan dikutuk orang, kerana gagal tak dapat masuk universiti dan hanya bekerja jadi kuli. Apa kesilapan yang telah dilakukan? Tidak belajar sungguh sungguh dan tidak fokus untuk lulus cemerlang. Apa yang boleh dipelajari daripada kesilapan itu? Belajar untuk lebih hidup berdikari supaya dapat cemerlang melalui kehidupan sebenar yang mencabar.

Berapakah harga kesilapan tidak belajar sungguh sungguh itu? Harganya sangat mahal tetapi berbaloi kerana banyak perkara yang boleh dipelajari melalui kesilapan untuk memperbaiki diri selalu. Bermakna kita akan sentiasa lebih bersiap sedia kerana tidak leka dengan kejayaan dan kegembiraan. Kemungkinan kerugian akibat lalai dengan kejayaan dan kegembiraan itu nanti lebih mahal dan kesannya amat mendalam.

Berbanding dengan kesilapan demi kesilapan yang berlaku dan setiap kali itu juga penambahbaikan diri turut dilakukan supaya lebih bersedia menghadapi cabaran serta dugaan yang lebih besar. Usah murung dan bimbang dengan kesilapan yang bakal terjadi. Bukan pula bermaksud sengaja melakukan kesilapan. Kita sedar apa kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Kerugian melakukan kesilapan yang sama mungkin akan menjadi sangat tinggi. Apa lah gunanya melakukan kesilapan yang sama jika rugi. Itu bodoh namanya. Kesilapan akan mengajar kita bagaimana meminimumkan kos, menjimatkan masa dan tenaga serta meningkatkan peluang untung atau berjaya.

Misalnya kali pertama buat silap rugi rm100, belajar dari kesilapan itu kerugian dikurangkan menjadi rm50 tetapi berlaku kesilapan yang lain pula. Kesilapan yang belum pernah berlaku. Belajar daripada kesilapan kedua, kerugian terus dapat dikurangkan menjadi rm30. Namun dengan memperbaiki diri dengan kesilapan lain untuk kali kedua, kekurangan dapat diperbaiki sebanyak 20%. Begitulah proses seterusnya, kekurangan dan kesilapan tetap akan ada.

Tak semesti kesilapan itu sering terjadi. Mungkin jangka waktu untuk buat silap yang berikutnya agak lama. Walau apa pun, usah kita terlalu bimbang dengan kesilapan. Biarlah ia berlaku secara semulajadi. Kita hanya perlu tenang dan memikirkan cara terbaik bagaimana menyelesaikan masalah semasa dan kemudian memperbaiki diri supaya pada masa akan datang tidak lagi buat kesilapan yang sama dan penyelesaian masalah dapat segera diusahakan bagi kesilapan yang sama jika ianya berlaku untuk kali kedua p, ketiga dan seterusnya.

Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita berdepan dengan masalah dan menyelesaikannya bagi setiap kesilapan yang dilakukan tanpa sengaja. Ia nanti akan mengurangkan kerugian dan harga bagi penyelesaian masalah awal mungkin lebih murah daripada dibiarkan berulang.

Contoh mudah, mula mula sakit ringan. Kalau jumpa doktor mungkin dapat sembuh pada harga kos rawatan yang lebih rendah. Tetapi jika dibiarkan, sakit jadi teruk. Sakit di satu bahagian saja mulanya, kemudian merebak ke bahagian lain. Akibatnya kos rawatan menjadi semakin tinggi. Harga kesilapan yang tidak diperbaiki terlalu mahal berbanding kesilapan kecil yang diperbaiki segera akan mengurangkan kos rawatan. 

Comments

Popular posts from this blog

Simkad Khas Untuk Internet

Mobile Wifi Hotspot

Persoalan Tentang 4G LTE Wifi Modem USB Stick