Kesilapan Untuk Menguji Diri

Ada orang bila buat silap akan rasa bersalah kerana melakukannya. Apa yang sudah berlaku tak boleh nak buat apa, perkara sudah jadi apa boleh buat. Nak marah pun tak guna, nak menyesal pun tak guna. Jadi, apa perlu buat?

Kesilapan adalah satu ujian untuk kita sama ada sedar atau tidak apa kelemahan kita. Supaya nanti kita dapat perbaiki diri supaya kesilapan yang sama tak berulang. Misalnya kita tersilap cakap lalu kita dikecam. Perkara sudah jadi tak dapat nak elak. Jadi, perbaiki diri supaya tidak sebarang cakap. Fikir dulu sebelum nak cakap sesuatu. Kalau rasa nak cakap sesuatu yang sensitif, cari perkataan atau susunan ayat yang lebih sopan dan beradab tidak menyakiti hati orang lain.

Bila kita cakap ddengan baik, guna perkataan yang baik, susun ayat baik baik. Perkara yang orang tak suka nak dengar akan didengar dengan emosi yang baik. Kita lulus ujian selepas kesilapan kali pertama apabila cakap lepas dan kasar.

Dulu kita tidak belajar betul betul sehingga tidak mendapat keputusan cemerlang dalam akademik. Akibatnya kita dapat kerja pangkat rendah dan gaji rendah. Buat apa kita nak menyesal kerana kesilapan itu, tidak mahu belajar sungguh sungguh dulu dan main main saja. Perkara dah nak jadi apa boleh buat. Nak putar balik masa itu supaya dapat belajar betul betul dan dapat kelulusan cemerlang? Bolehkah buat macam itu? Adakah ia boleh dibuat?

Apa ujiannya disitu? Ujian ke atas kesilapan kita dulu? Ujiannya adalah, adakah kita mahu bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup memperbaiki diri. Gagal untuk lulus cemerlang bukanlah penentu masa depan muktamad. Kenapa perlu takut dengan kecaman manusia ke atas orang yang gagal akademik?

Apa yang perlu kita takutkan adalah jika kita tidak mampu berubah dan berdikari. Ada orang lulus cemerlang tetapi perangai tak berubah masih lagi sombong dan semakin berlagak. Bongkak, takbur dan riak semakin menjadi menjadi apabila semakin pandai dan mendapat banyak kelebihan dengan kelulusan cemerlang. Itu ujian untuk mereka dan gagal dalam ujian untuk menjadi seorang yang bersyukur dan ingat pada apa yang diseru Allah.

Apabila kita silap dan gagal ia adalah ujian untuk kita. Sama ada yakin dan percaya pada Allah akan membantu kita menjadi seorang manusia yang berguna kepada orang lain. Bagi kebanyakan orang, mereka yang gagal itu menyusahkan dan tidak layak menjadi seorang yang boleh memimpin orang lain. Orang yang gagal akan diuji dengan pandangan itu. Benar benar akan diuji. Adakah terus tunduk tidak berusaha perbaiki diri atau terus berjuang melakukan apa yang terbaik dalam hal lain yang boleh memberi kebaikan yang banyak.

Usah risau soal ganjaran atau bayaran. Ramai orang ingat bila lulus cemerlang akan dapat ganjaran dan bayaran yang banyak. Orang gagal pula hanya jadi kuli dan dapat bayaran sedikit saja. Itu apa yang kita nampak berlaku di sana sini. Tetapi kenapa kita tak cuba perbaiki diri dan lakukan kebaikan yang banyak dengan mengharap mendapat ganjaran dan bayaran yang banyak. Kalau kita percaya apa kebaikan dibuat akan diberi ganjaran dan ia benar benar kita dapat dalam bentuk yang tak disangka maka kita akan yakin janji Allah itu benar.

Apa beza orang yang selalu sakit dengan orang yang selalu sihat? Bezanya adalah kos rawatan dan kelapangan masa yang banyak untuk melakukan kebaikan. Orang yang selalu sakit akan berbelanja banyak untuk kos rawatan dan kebanyakan masanya terlantar di katil rawatan atau di rumah. Apa beza orang yang fikirannya sentiasa gelisah dengan orang yang fikirannya sentiasa tenang. Sedangkan yang gelisah itu pangkat dia besar dan gajinya banyak. Tidak cukup dengan gaji, ditambah pula dengan bayaran lain yang banyak.

Pangkat dan duit tidak boleh menyembuhkan sakit yang berpunca daripada kegelisahan. Gelisah tidak dapat menyelesaikan banyak masalah dan duit yang banyak tidak akan dapat mengembalikan ketenangan dan keamanan yang telah hilang. Fikiran yang tenang membuka seribu satu jalan penyelesaian. Daripada banyak jalan jalan itu mungkin 10 daripada jalannya dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah secara keseluruhan.

Hari ini ramai orang bermasalah tetapi masalah itu tidak dapat diselesaikan malah semakin banyak pula masalah lain bertimpa timpa datang. Kita tidak belajar daripada kesilapan. Itulah masalahnya. Kita akan diuji dengan banyak masalah apabila masih lagi membiarkan kesilapan yang sama berulang ulang.

Comments

Popular posts from this blog

Simkad Khas Untuk Internet

Mobile Wifi Hotspot

Persoalan Tentang 4G LTE Wifi Modem USB Stick