Posts

Showing posts from November, 2017

Memperkasa Ekonomi Diri dan Keluarga

Saban hari keperluan kewangan semakin menekan, memaksa kita untuk bekerja lebih rajin dan kuat. Namun begitu, semakin kuat bekerja walaupun dapat buat lebih banyak wang lebih cepat pula ia habis. Harga barang dan kos sara hidup semakin tinggi. Menyebabkan wang pendapatan tidak cukup bagi yang berkeluarga besar. Ini membuatkan kita berfikir, sampai bila kitaran ini akan tamat. Hal yang sama berlaku setiap bulan semata mata untuk memenuhi keperluan hidup. Apakah yang perlu kita lakukan bagi memastikan tidak lagi terikat dengan rutin bekerja kerana wang. Bagaimana mahu menghasilkan wang tanpa terlalu bergantung kepada satu pekerjaan semata mata. Keadaan menjadi lebih terdesak apabila pendapatan kewangan atau gaji yang diperoleh tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keperluan bulanan. Betul... Ada orang yang akan buat bisnes sampingan. Dengan harapan dapat menambah pendapatan bagi menanggung kekurangan wang untuk perbelanjaan bulanan. Tapi, persoalan yang sama tetap sama. Sampai ...

Menjawab Persoalan Sendiri

Dalam hidup ini banyak persoalan yang tidak terjawab, sama ada malas hendak berfikir lanjut atau tidak mahu berusaha bertanya pada mereka yang lebih mengetahui. Ada persoalan kita cuba tanya pada orang lain tapi kita dikatakan sengaja memberi soalan provokasi. Hidup ini tidak boleh dilalui secara biasa biasa saja, kadang kala memerlukan pengorbanan yang tinggi dan juga kesabaran yang tinggi. Kita akan lalui juga dugaan dan cubaan yang menguji kita. Realiti hidup tidak selalunya baik dan sempurna. Jangan terlalu berharap kita akan dapat apa yang kita mahu. Kita buat baik tak semestinya akan dapat yang baik juga. Kita buat baik tapi diambil kesempatan pula untuk kepentingan orang lain. Kata orang buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali. Buat baik pun ada tempatnya, tengok kiri kanan dan kenali siapa dan di mana a mahu lakukan kebaikan. Ada kebaikan yang kita tetap mahu buat tak mengharapkan apa apa balasan pun sehingga ada juga yang memanipulasikan kebaikan itu untuk kepe...

Bersatu Melalui Ekonomi, Berpecah Kerana Politik?

Persoalan ini sangat menarik untuk dikupas. Kita lihat banyak pertubuhan dan kerjasama antara negara di seluruh dunia dibentuk atas sebab kepentingan ekonomi. APEC sebab minyak yang menjadi nadi pembangunan ekonomi. Asean sebab menjaga kepentingan negara daripada pergolakan politik serantau dan memperkukuhkan ekonomi serantau dalam persaingan ekonomi global. Banyak lagi contoh lain. Cari sendiri. Tetapi kerana ideologi politik berbeza boleh menyebabkan perpecahan dan pertelingkahan. Perhatikan negara China, memiliki potensi ekonomi yang sangat besar. Tetapi kerana ideologi politik komunis, mereka dilihat sebagai ancaman dunia. Namun, hari ini kemajuan ekonomi yang mereka capai telah menyatupadukan rakyat untuk mempertahankan negara daripada tindakan kuasa besar lain yang anti komunis. Itu semua dari sudut yang sangat besar. Cuba kita kecilkan sudut pandangan ekonomi dalam keluarga dan masyarakat tempatan. Dalam keluarga misalnya. Apa akan terjadi jika ekonomi keluarga itu rapuh, l...

Berurusniaga Dengan Allah

Berurusniaga dengan manusia kita tahu, kita buat kerja dan dibayar gaji atau upah. Atau kita jual barang dan dapat untung jualan. Berurusniaga dengan Allah ini bagaimana? Amat rumit untuk memikirkan persoalan itu, tetapi ia perlu terjawab untuk kita memahami nya. Sama lah juga dalam urusniaga dengan manusia, apabila kita memahaminya lalu kita lakukan maka dapatlah apa yang kita mahu daripada urusniaga tersebut. Mempersoalkannya tidak menjadikan kita berdosa atau melampaui batas. Tapi kita mahu tahu apakah yang dimaksudkannya. Sebagaimana urusniaga dengan manusia, perlu ada terma dan perjanjian yang perlu dipersetujui barulah masing masing akan mendapat manfaat dan keuntungannya. Kena baca dan faham isi kandungan dokumen dan penjelasan tentangnya. Dari situ kita juga akan faham bagaimana urusniaga dengan Allah itu boleh berlaku. Bagaimana kita boleh tahu terma dan perjanjian dengan Allah SWT? Sejak dari dahulu lagi manusia telah diutus dengan nabi dan rasul bagi memberi peringata...

Hebat Kerana Ajaran Islam

Apabila kita membeli sesuatu peralatan elektrik akan disertakan bersama manual penggunaan. Ada alatan yang sangat rumit kita perlu ikut panduan tersebut. Adakalanya juga kita tak perlu pun ikut panduan kerana pengalaman lalu sudah membimbing kita cara penggunaan yang betul. Begitu juga kehidupan ini, kita bukan wujud secara semulajadi. Setiap sesuatu yang hidup dan bergerak ada penciptanya. Kita hanya menggunakan apa yang dicipta untuk kita bagi mencipta sesuatu yang lain. Usah sombong dan berlagak hebat. Pencipta kita adalah tuhan yang dikenal sebagai Allah SWT. Tanpa Allah kita sebagai salah satu makhluk ciptaannya tak punya apa apa. Tapi tak semua manusia dapat menggunakan dirinya sendiri dengan baik. Jika peralatan elektrik ataupun kereta yang kita pandu tak diguna dengan cara betul, ia akan rosak dan binasa. Begitu juga manusia, siapakah diri kita ini. Kita ini adalah makhluk antara jasad dan roh. Tanpa roh, jasad manusia kita takkan hidup dan bergerak. Tanpa jasad pula, roh ...

Kebaikan Yang Tersembunyi

Dalam kehidupan ini tentu kita pernah menerima sesuatu yang tidak disangka sangka. Sama ada mengharap atau tidak, kebaikan datang tanpa dipinta. Kebaikan yang bagaimana? Tak kira kebaikan apa pun, sama ada dalam bentuk kewangan, harta benda, makanan, pertolongan, kemudahan, terselamat daripada malapetaka, sentiasa mendapat kesihatan yang baik dan banyak lagi. Kehidupan ini penuh dengan dugaan dan juga keajaiban. Sama ada kita terfikir tentangnya atau tidak ianya tetap berlaku. Jika sudah berlaku adakah kita mahu sedar dan terfikir kenapa ia boleh berlaku. Kini kita didedah dengan konsep kemahiran berfikir aras tinggi, namun kebanyakan orang masih lagi berfikir dengan kepala lutut. Membataskan fikiran dan berbangga dengan pemikiran sendiri bahawa mereka sentiasa betul atau lebih betul atau betul sebab sudah terbukti betul. Betapa bangga dan megahnya mereka. Ok, tidak mengapa. Itu masalah akhlak dan peribadi mereka sendiri. Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita mampu berfikir...

Kebenaran Mendahului Zaman

Image
Gua Ashabul Kahfi di Amman Jordan Ini satu kisah pengajaran yang membenarkan kalimah Allah. Terdapat dalam kitab Injil dan Al-Quran. Kisah tentang 7 orang pemuda gua yang tertidur selama 300 tahun menurut kitab Injil dan 309 menurut Al-Quran. Kisah ini sudah sangat terkenal dan diketahui ramai. Dalam Al-Quran ia terkandung dalam surah Al Kahfi. Apa yang nak diceritakan disini ialah kisah mereka sudah pun diketahui ramai sebelum pemuda itu keluar dari gua dan muncul di khalayak ramai. Bagaimana cerita dari kitab Injil itu boleh mendahului masa sedangkan belum genap 300 tahun para pemuda itu keluar dan muncul di khalayak ramai semasa hendak membeli makanan di pasar menggunakan wang lama dengan tanda pengenalan wajah maharaja Rom yang zalim dan menentang keras ajaran tauhid yang dibawa oleh nabi Isa. Diceritakan bahawa tidak lama selepas para pemuda itu bersembunyi di dalam gua, maharaja Rom yang zalim itu telah tewas dan diganti dengan maharaja yang mengikut ajaran tauhid nabi ...

Yakin Diri vs Yakin Pada Allah

Yakin pada diri sendiri memang bagus, kita percaya boleh melakukan apa yang kita mahu. Tetapi terlalu yakin juga boleh membinasakan diri. Terlalu yakin boleh menyebabkan kita lupa siapa diri kita yang sebenarnya. Kita adalah makhluk yang diciptakan Allah sebagai khalifah untuk mentadbir dan mengurus kehidupan dunia. Yakin Diri tanpa mengenal Allah boleh menyebabkan kita melampaui batas. Merasakan diri mampu melakukan sesuatu dengan mudah, memiliki kekayaan dan kekuatan untuk melakukan sesuatu hingga melupakan bahawa semua itu terjadi dengan izin dan kehendak Allah. Yakin pada Allah pula tidak terlalu memerlukan keyakinan diri. Apa yang penting adalah percaya boleh melakukan sesuatu walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Adakah kita yakin diri bila logik akalnya kelihatan mustahil. Tetapi kerana perintah Allah walaupun nampak mustahil dapat kita lakukan, tetap juga kita lakukan. Buat saja dan serahkan saja apa yang akan berlaku seterusnya kepada Allah. Amat sukar untuk kita mem...

Kemahuan Berpandukan Akal

Pepatah ada mengatakan "dimana ada kemahuan di situ ada jalan". Malah dalam buku tulisan Napoleon Hill yang sangat terkenal bertajuk "Think and Grow Rich" turut membuktikan banyak kejayaan tokoh terkenal di seluruh dunia adalah disebabkan adanya kemahuan. Jika kita benar benar mahu kita sedaya upaya akan melakukannya sehingga berjaya. Walau berapa lama tempoh untuk mencapai kejayaan itu tetap akan berusaha sehingga berjaya. Rahsia kejayaan yang sebenar adalah kerana adanya kemahuan. Tidak ada formula ajaib untuk berjaya. Semuanya tetap dilakukan kerana adanya kemahuan yang berkobar kobar. Walau dengan apa cara sekalipun ia akan diusahakan sehingga berjaya. Cepat atau lambat tidak penting. Jika boleh diusahakan dengan cepat, syukur alhamdulillah. Sebaliknya jika sudah diusahakan sedaya upaya masih juga belum mencapai hasil, maka perlu banyak kesabaran dan terus melakukannya. Kemahuan adalah satu bentuk kekuatan yang tidak nampak. Tetapi ia memberi kesan yang l...

Buat Kerja Apa Yang Kita Suka

Masa sekolah dulu mungkin kita mahu jadi doktor, tapi bila dewasa jadi guru pula. Begitu lah, ada orang yang tercapai cita citanya dalam pekerjaan dan ada yang tidak. Tapi apabila kita mendapat kerja yang bukan kita suka atau minat adakah kita akan menolaknya? Ada orang yang menolak dan sanggup menunggu sehingga dapat kerja yang disukainya. Begitulah orang yang memilih. Selagi tak dapat kerja apa yang dia suka selagi itu sanggup tunggu dan tak nak buat kerja lain. Kita boleh tunggu tapi kalau bukan rezeki dapat kerja yang kita suka, tak akan dapat juga. Ambil teladan daripada kisah nabi yang telah diperintah melakukan dakwah, tetapi tidak suka dengan kaumnya yang sangat degil dan ingkar. Padahal Allah sudah memberi jaminan akan memberi pertolongan dan kemudahan. Begitulah juga apabila kita mendapat kerja yang kita tak suka, dan sanggup menunggu namun apa yang diharapkan tak kunjung tiba. Masa terus berlalu dan kebajikan daripada amalan baik dengan bekerja belum lagi dilakukan. S...

Hidup Ini Untuk Apa?

Cuba fikir betul betul, hidup ini untuk apa sebenarnya? Persoalan ini akan timbul jika kita banyak memikirkan tentang hal kematian. Apa akan jadi selepas mati? Dimana kita berada apabila mati? Bagaimana kita boleh hidup semula selepas jasad hancur lebur reput menjadi tanah. Memikirkan hal ini membuat kita risau dengan amalan kita, sehingga terlalu menginginkan kesempurnaan amalan melebihi para nabi dan rasul. Malah sampai ke tahap kesempurnaan malaikat. Kalau begitulah keadaannya, kita hampir hampir takkan dapat melaksanakan tangungjawab. Banyak kisah nabi boleh diambil teladan. Setiap nabi itu pula tidaklah terlalu sempurna sehingga memiliki segalanya. Hidup ini untuk apa sebenarnya? Hidup ini adalah untuk memperbaiki diri dengan amalan yang mulia. Hidup Ini bukan untuk merebut kemewahan dan kekayaan dunia. Jikalau begitu, tak perlu lah jadi jutawan? Bukan begitu. Buat amalan mulia dulu, tolong orang permudahkan urusan orang, bila kemudahan datang kekayaan dan kemewahan akan da...

Menjadi Lebih Pantas

Dunia hari ini sangat pantas berubah dan bergerak kerana kemajuan teknologi telah mempermudahkan semua kerja yang susah untuk dilakukan sebelum ini. Ini adalah satu kemudahan untuk kita boleh melakukan lebih banyak kebaikan dan amalan mulia. Jangan kata tidak diberi peringatan tentang sesuatu kebaikan dalam ayat al Quran, sekarang kita boleh cari sendiri dan memilih atau membezakan mana yang hak dan mana yang bathil. Walaupun maklumat dengan mudah boleh diperoleh hanya dihujung jari, namun kita ada akal untuk menilai dari mana sumbernya dan adakah ia punya benar atau tidak dengan memerhatikan kehidupan realiti. Kalau dulu nak melihat kebenaran sangat susah, selagi kita tidak pergi sendiri melihatnya. Sekarang dengan melihat rakaman video sebenar kita boleh melihat kebenaran yang jauh dari mata hanya di depan skrin smartphone. Nak pergi mana mana tidak perlu berjalan kaki, boleh guna kenderaan sendiri dan pengangkutan awam. Daratan yang terpisah jauh boleh dihubungkan dengan pesawa...

Bersyukur Dengan Kemudahan

Apabila kita mudah melakukan sesuatu atau mudah mendapatkan sesuatu, bermakna kita telah dikurniakan dengan kemudahan dalam hidup. Kalau orang lain susah mendapat sesuatu, kita pula mengharapkan agar dipermudahkan mendapat apa yang kita mahu. Lalu benar benar memperolehinya. Itu tandanya hidup kita mendapat keredhaan dan kita sedang diperhatikan Nya. Sepatutnya kita rasa malu sekiranya gagal menunaikan tanggungjawab asas yang diperintahkan kepada seluruh manusia, tapi kita tak dapat melakukannya dengan baik. Padahal kita sudah terima kurniaan Nya. Jadi, apa gunanya Dia memberi? Ia sebagai satu peringatan dan ujian ke atas kita, sejauh mana kita bersyukur dan berterima kasih kepada Nya. Bersyukurlah... Bersyukurlah... Jangan jadi manusia yang melampaui batas. Jangan jadi seperti firaun, sudah banyak kali peluang diberi untuk bertaubat tapi masih lagi ingkar. Allah kalau murka Dia boleh binasakannya sekelip mata. Tapi kenapa masih beri peluang dan dosa firaun tidak lagi terhitung ba...

Jangan Terpedaya Dengan Kemewahan

Adakah kita perlukan kemudahan atau kemewahan? Kita kadang kadang terlalu terpesona dengan kemewahan sehingga terlupa bahawa apa yang cuma kita perlukan untuk hidup di dunia adalah kemudahan. Musuh naib Muhammad tercengang dan kagum apabila mengetahui pemerintah negara Islam Madinah berpakaian biasa tanpa pengawal dan tiada istana mewah seperti mana maharaja rom dan parsi. Bagaimanakah orang seperti ini boleh memimpin negara dan mengalahkan empayar rom dan parsi tanpa kekuatan yang menggerunkan dan kemewahan harta yang banyak. Kita perlu realistik, berpijak di bumi nyata. Usah terikut ikut dengan rentak kehidupan orang lain. Orang lain ada kereta honda civic, kita pun nak juga. Apa kelas pakai kereta perodua Axia. Jangan terpedaya dengan kemewahan orang lain. Apa yang lebih penting dan utama untuk kita fikirkan adalah kemudahan kita dalam menghadapi kehidupan yang semakin hari semakin mencabar. Walaupun kita mampu sekalipun untuk memiliki kemewahan, ingatlah kepada orang yang su...

Masa Berlalu Pantas

Tinggal sebulan lagi 2017 akan berakhir dan kita akan masuk ke tahun baru 2018. Begitu cepat masa berlalu, namun berapa pantas kita sudah berubah menjadi lebih baik? Persoalan ini kita tanya diri sendiri dengan jujur. Adakah kita sudah maju atau masih di takuk lama? Kemajuan itu jangan dinilai dari segi kebendaan, sebaliknya nilai dari segi kemudahan. Misalnya adakah sudah memiliki kereta, tak kira kereta apa pun. Jangan pandang kemajuan dari segi jenis kereta apa yang diguna. Perodua Axia pun ok. Bila ditanya tentang kereta ia bermaksud kita sudah ada kemampuan. Soalan tersirat disebaliknya adalah, adakah kita sudah ada kerja tetap dengan gaji diterima setiap bulan. Mereka yang berkereta memberi maksud mampu bayar ansuran kereta setiap bulan dan sudah ada pekerjaan yang baik. Itu tandanya kita sudah maju ke hadapan dan mampu bergerak lebih jauh ke hadapan. Itu belum lagi bila sudah ada rumah, anak dan isteri. Setiap perubahan yang berlaku dengan pantas bermakna kita mampu menge...