Buat Kerja Apa Yang Kita Suka
Masa sekolah dulu mungkin kita mahu jadi doktor, tapi bila dewasa jadi guru pula. Begitu lah, ada orang yang tercapai cita citanya dalam pekerjaan dan ada yang tidak. Tapi apabila kita mendapat kerja yang bukan kita suka atau minat adakah kita akan menolaknya?
Ada orang yang menolak dan sanggup menunggu sehingga dapat kerja yang disukainya. Begitulah orang yang memilih. Selagi tak dapat kerja apa yang dia suka selagi itu sanggup tunggu dan tak nak buat kerja lain. Kita boleh tunggu tapi kalau bukan rezeki dapat kerja yang kita suka, tak akan dapat juga.
Ambil teladan daripada kisah nabi yang telah diperintah melakukan dakwah, tetapi tidak suka dengan kaumnya yang sangat degil dan ingkar. Padahal Allah sudah memberi jaminan akan memberi pertolongan dan kemudahan.
Begitulah juga apabila kita mendapat kerja yang kita tak suka, dan sanggup menunggu namun apa yang diharapkan tak kunjung tiba. Masa terus berlalu dan kebajikan daripada amalan baik dengan bekerja belum lagi dilakukan. Seandainya kita mendapat kerja yang kita tak suka, buatlah kerja apa yang kita suka mahu buat dalam pekerjaan itu.
Bekerja sebagai kuli sekalipun, apa yang kita suka nak buat boleh dilakukan. Usah bekerja kerana wang. Tak suka jadi kuli sebab gaji sedikit. Rezeki bukan hanya pada duit semata mata. Duit diterima kerana melakukan kerja yang kita dibayar untuknya. Apabila kita buat kerja yang disukai melalui pekerjaan yang kita tak suka, kita akan dibayar dalam bentuk yang lain.
Mungkin kita dibayar dengan dipermudahkan urusan untuk mendapat upah atau untung daripada kerja sambilan lain. Mungkin kita dibayar dengan dilapangkan masa untuk beribadat atau bersama keluarga. Mungkin kita dibayar dengan kesihatan yang baik. Mungkin kita dibayar dengan ketenangan fikiran yang boleh menghasilkan pelbagai idea untuk terus maju ke depan.
Jadi, tiada halangan untuk melakukan apa saja kerja yang kita suka walaupun kita bekerja dalam pekerjaan yang kita tidak suka. Kalau kita yakin dengan rezeki Allah, ia bukan dalam bentuk duit sahaja.

Comments
Post a Comment