Masa Berlalu Pantas

Tinggal sebulan lagi 2017 akan berakhir dan kita akan masuk ke tahun baru 2018. Begitu cepat masa berlalu, namun berapa pantas kita sudah berubah menjadi lebih baik?

Persoalan ini kita tanya diri sendiri dengan jujur. Adakah kita sudah maju atau masih di takuk lama? Kemajuan itu jangan dinilai dari segi kebendaan, sebaliknya nilai dari segi kemudahan. Misalnya adakah sudah memiliki kereta, tak kira kereta apa pun. Jangan pandang kemajuan dari segi jenis kereta apa yang diguna. Perodua Axia pun ok.

Bila ditanya tentang kereta ia bermaksud kita sudah ada kemampuan. Soalan tersirat disebaliknya adalah, adakah kita sudah ada kerja tetap dengan gaji diterima setiap bulan. Mereka yang berkereta memberi maksud mampu bayar ansuran kereta setiap bulan dan sudah ada pekerjaan yang baik. Itu tandanya kita sudah maju ke hadapan dan mampu bergerak lebih jauh ke hadapan.

Itu belum lagi bila sudah ada rumah, anak dan isteri. Setiap perubahan yang berlaku dengan pantas bermakna kita mampu mengejar kepantasan masa yang bergerak laju dan sejauh mana rezeki kita sudah sampai. Bila sudah ada itu semua bermakna rezeki kita murah dan dipermudahkan.

Ada orang yang yang masih jauh ketinggalan bukan bermakna mereka tidak ada rezeki, sebaliknya mereka perlu berusaha keras untuk mendapatkannya. Tetapi jangan pula terlalu terdesak dan terpaksa untuk mendapatkannya sehingga melampaui batas.

Buat saja kebaikan apa yang kita mahu usahakan dan kemudian bertawakal, serahkan urusan dipermudahkan kepada Yang Maha Esa.

Ambil contoh, ada orang kerja sudah bagus gaji beribu ribu tetap setiap bulan tetapi belum berkahwin dan ada rumah sendiri. Bukan tidak ada jodoh dan tidak mampu, cuma perlu usaha sendiri mencari pasangan dan membeli atau bina rumah sendiri.

Ada pula yang tiada kerja tetap dan baru saja kenal terus kahwin. Tidak lama kemudian dapat tawaran kerja tetap. Selepas itu dapat pula rumah warisan daripada ibu bapa. Bukan bermakna tidak perlu berusaha lagi, apa yang sudah ada tidak perlu lagi bersusah payah mendapatkannya. Apa yang boleh dibuat untuk perbaiki diri perlu diusahakan kemudiannya.

Masa berlalu dengan pantas, apa yang sudah ada hari ini belum tentu dapat bertahan esok hari. Oleh itu, kena usaha juga untuk memastikan apa yang sudah ada itu dapat dipertahankan dan tidak dirampas orang lain. Semua orang inginkan kemudahan, tak siapa yang mahu hidup susah.

Lebih awal kita mendapat kemudahan lebih baik, jangan menunggu terlalu tua atau kesuntukan masa baru sedar untuk memperbaiki diri. Adakah berkahwin itu menyusahkan? Ia adalah antara sunnah rasulullah.

Adakah bekerja makan gaji itu menyusahkan? Lebih baik daripada tiada kerja langsung. Kalau itu rezeki yang sampai dahulu jangan tolak. Kalau nak buat bisnes kemudiannya, teruskan mengusahakannya. Tidak ada yang salah dalam membuat pilihan itu. Kalau bisnes maju dan nak berhenti kerja tetap pun tiada masalah. Kalau rezeki daripada bisnes itu lebih baik daripada kerja makan gaji.

Akhir kata, lihat di mana kita sudah berada hari ini. Kemajuan kebendaan semata mata tak ada maknanya kalau miskin jiwa dan akhlak. Amalan untuk kehidupan selepas kematian juga perlu diingati.

Comments

Popular posts from this blog

Simkad Khas Untuk Internet

Mobile Wifi Hotspot

Persoalan Tentang 4G LTE Wifi Modem USB Stick