Memperkasa Ekonomi Diri dan Keluarga
Saban hari keperluan kewangan semakin menekan, memaksa kita untuk bekerja lebih rajin dan kuat. Namun begitu, semakin kuat bekerja walaupun dapat buat lebih banyak wang lebih cepat pula ia habis. Harga barang dan kos sara hidup semakin tinggi. Menyebabkan wang pendapatan tidak cukup bagi yang berkeluarga besar.
Ini membuatkan kita berfikir, sampai bila kitaran ini akan tamat. Hal yang sama berlaku setiap bulan semata mata untuk memenuhi keperluan hidup. Apakah yang perlu kita lakukan bagi memastikan tidak lagi terikat dengan rutin bekerja kerana wang.
Bagaimana mahu menghasilkan wang tanpa terlalu bergantung kepada satu pekerjaan semata mata. Keadaan menjadi lebih terdesak apabila pendapatan kewangan atau gaji yang diperoleh tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keperluan bulanan.
Betul... Ada orang yang akan buat bisnes sampingan. Dengan harapan dapat menambah pendapatan bagi menanggung kekurangan wang untuk perbelanjaan bulanan. Tapi, persoalan yang sama tetap sama. Sampai bila kepayahan ini akan berakhir.
Usia kita semakin meningkat, tenaga pula semakin lemah. Kenaikan kos hidup dijangka terus meningkat. Akhirnya kita takkan berdaya lagi melakukan banyak kerja semata kerana wang. Kita memerlukan penyelesaian yang konkrit, berkesan dan lebih menjamin masa depan. Apa yang perlu kita lakukan?
Merungkai permasalahan ini memerlukan ilmu kewangan. Ekonomi adalah medium untuk mendapatkan wang melalui urusniaga jual beli. Paling asas tentang wang adalah ia adalah alat pertukaran. Nilainya terletak kepada kepercayaan penggunaannya oleh orang ramai. Apabila nilai barang lebih berharga maka harganya akan mahal menjadikan nilai wang itu berkurangan.
Memperkasakan ekonomi bukan terletak pada berapa banyak wang dapat dihasilkan. Tetapi berapa banyak barang bernilai dapat dibangunkan. Barang bernilai terletak pada keupayaannya menghasilkan nilainya tersendiri. Semua orang tahu emas itu bernilai kerana sifatnya. Maka ia menjadi sangat berharga dan tidak jatuh nilai.
Minyak petrol menjadi bernilai apabila ia dapat menggerakkan enjin ekonomi. Barang makanan bernilai apabila ianya sukar untuk dihasilkan dan permintaan banyak sungguhpun ia tidak tahan lama. Ikan segar misalnya, orang makin ramai tapi hasil tangkapan terhad dan bekalan sukar diperolehi.
Memperkasakan ekonomi diri dan keluarga bermaksud :
Jangan biarkan masa depan kita rapuh, merancang lebih awal jika usia masih muda. Jika sekarang usia sudah lanjut tapi masih banyak kekurangan, terpaksa bekerja keras memperbaiki apa yang kurang.

- Apa yang boleh dilakukan supaya kos hidup dapat dikurangkan. Hidup sederhana dengan tidak berlagak mewah. Berbelanja secara berhemah dengan membeli apa yang perlu.
- Mempersiapkan diri dengan keperluan yang dapat memastikan hidup masa depan lebih selesa. Membeli rumah daripada menyewa. Membeli kereta daripada mengguna pengangkutan awam. Pada masa depan rumah dan kereta itu memberi nilai dari segi hak milik dan kebebasan bergerak.
- Membangunkan aset yang boleh menjana pendapatan masa depan. Akhirnya kita akan jadi tua, tidak mampu lagi bekerja dan terdedah kepada ketidakupayaan tubuh badan.
- Menghasilkan wang yang bekerja untuk kita. Selama ini kita bekerja mencari wang, pada suatu masa apabila kita tidak lagi kuat bertenaga, wang yang kita cari itu mesti bekerja untuk kita pula dengan menghasilkan semula wang.
Hari ini cuba kita nilai diri dan juga keluarga kita. Nilai itu dapat dikira dengan persediaan yang telah kita usahakan. Berapa sudah usia kita sekarang? Sudah adakah rumah atau belum pada usia yang sudah meningkat? Masihkah menumpang atau menyewa? Masihkah bekerja keras dengan banyak guna tenaga. Sudah adakah sumber lain yang dapat menjana pendapatan selain gaji bulanan sebagai pekerja tetap?
Jangan biarkan masa depan kita rapuh, merancang lebih awal jika usia masih muda. Jika sekarang usia sudah lanjut tapi masih banyak kekurangan, terpaksa bekerja keras memperbaiki apa yang kurang.
Comments
Post a Comment