Jangan Terpedaya Dengan Kemewahan

Adakah kita perlukan kemudahan atau kemewahan? Kita kadang kadang terlalu terpesona dengan kemewahan sehingga terlupa bahawa apa yang cuma kita perlukan untuk hidup di dunia adalah kemudahan.

Musuh naib Muhammad tercengang dan kagum apabila mengetahui pemerintah negara Islam Madinah berpakaian biasa tanpa pengawal dan tiada istana mewah seperti mana maharaja rom dan parsi. Bagaimanakah orang seperti ini boleh memimpin negara dan mengalahkan empayar rom dan parsi tanpa kekuatan yang menggerunkan dan kemewahan harta yang banyak.

Kita perlu realistik, berpijak di bumi nyata. Usah terikut ikut dengan rentak kehidupan orang lain. Orang lain ada kereta honda civic, kita pun nak juga. Apa kelas pakai kereta perodua Axia. Jangan terpedaya dengan kemewahan orang lain. Apa yang lebih penting dan utama untuk kita fikirkan adalah kemudahan kita dalam menghadapi kehidupan yang semakin hari semakin mencabar.

Walaupun kita mampu sekalipun untuk memiliki kemewahan, ingatlah kepada orang yang susah. Kenapa kita dipermudahkan hidup? Kenapa orang lain susah? Kalau difikirkan mendalam, persoalan ini ada kaitan dengan iman kita.

Kita percaya kepada tuhan yang Esa, tidak ada tuhan selain Allah. Tiada dua mahupun tiga, Allah mampu berdiri dengan sendirinya. Apabila kita percaya, kita sudah ada sinar iman di dalam diri. Lalu Allah uji dengan memberi kemudahan. Allah beri kekayaan. Adakah kita pergunakan kekayaan itu pada jalan yang betul. Allah permudahkan kita dengan kekayaan itu.

Adakah kita akan mudah terpedaya lalu membelinya dengan kemewahan seperti kereta mewah dan rumah mewah harga berjuta juta. Akhir zaman adalah zaman ujian ke atas manusia, di mana kekayaan dan kemewahan dilimpahkan.

Barangsiapa menggunakannya untuk kemudahan maka selamat lah daripada ujian. Barangsiapa menggunakannya untuk mengejar kemewahan, dia akan diuji dengan pelbagai ujian lagi. Jangan seronok sangat bila banyak wang, kaya raya dan mampu hidup mewah.

Sebaliknya, jika kita terima kekayaan itu dan digunakannya untuk memudahkan diri memberi kemudahan kepada orang lain maka lebih banyak jalan kemudahan akan dibukakan seterusnya. Tidak perlu kita mencemburui melihat kehidupan orang lain yang lebih kaya dan mewah. Apa yang perlu kita perhatikan adalah amalan kita sendiri.

Jika diberi kemudahan harta kekayaan, bagaimana kita boleh menggunakannya untuk memperbaiki diri dan membantu orang lain yang memerlukan kemudahan. Kita dipermudahkan oleh Allah maka kita permudahkan urusan orang lain. Itulah tujuan Allah memberi kemudahan hidup untuk kita.

Kita kena ingat itu, hidup ini hanya sementara. Apa yang kita kumpul dan simpan kelak, apabila kita mati akan menjadi harta warisan untuk mereka yang masih hidup. Padahal, sewaktu di dunia dulu kita berkesempatan melakukan amalan sedekah jariah. Niat baik semasa masih hidup adalah bukti bahawa kita ada iman dan mahu termasuk dalam golongan orang beriman.

Beriman maksudnya yakin kepada Allah, tuhan yang memberi rezeki dan kemudahan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Comments

Popular posts from this blog

Simkad Khas Untuk Internet

Mobile Wifi Hotspot

Persoalan Tentang 4G LTE Wifi Modem USB Stick