Berurusniaga Dengan Allah

Berurusniaga dengan manusia kita tahu, kita buat kerja dan dibayar gaji atau upah. Atau kita jual barang dan dapat untung jualan. Berurusniaga dengan Allah ini bagaimana?

Amat rumit untuk memikirkan persoalan itu, tetapi ia perlu terjawab untuk kita memahami nya. Sama lah juga dalam urusniaga dengan manusia, apabila kita memahaminya lalu kita lakukan maka dapatlah apa yang kita mahu daripada urusniaga tersebut. Mempersoalkannya tidak menjadikan kita berdosa atau melampaui batas. Tapi kita mahu tahu apakah yang dimaksudkannya.

Sebagaimana urusniaga dengan manusia, perlu ada terma dan perjanjian yang perlu dipersetujui barulah masing masing akan mendapat manfaat dan keuntungannya. Kena baca dan faham isi kandungan dokumen dan penjelasan tentangnya. Dari situ kita juga akan faham bagaimana urusniaga dengan Allah itu boleh berlaku.

Bagaimana kita boleh tahu terma dan perjanjian dengan Allah SWT? Sejak dari dahulu lagi manusia telah diutus dengan nabi dan rasul bagi memberi peringatan kepada manusia tentang urusniaga dengan Allah. Apa yang akan diperoleh jika patuh dan ikut perintah Nya? Peringatan demi peringatan disampaikan melalui perutusan nabi dan rasul.

Sehingga peringatan itu ditulis dalam kitab suci dan disampaikan kepada nabi dan rasul tertentu untuk menyampaikannya pula kepada manusia. Kemudian diperingatkan supaya kitab itu diwariskan untuk diajar kepada generasi seterusnya. Sehinggalah ianya diseleweng oleh tangan manusia sendiri.

Kitab yang diseleweng diganti dengan kitab berikutnya sehinggalah turunnya kitab Al-Quran memperbetulkan penyelewengan yang telah ditulis dengan tangan manusia dalam kitab sebelumnya. Persoalan yang belum lagi dijawab. Apa urusniaga kita dengan Allah?

Urusniaga kita adalah patuh dengan terma dan perjanjian yang terkandung dalam kitab Al-Quran, seandainya kita mahukan kesenangan dan kemudahan hidup di dunia dan juga akhirat. Kesenangan dunia adalah persedian untuk kesenangan akhirat. Tidak salah pun mengejar kekayaan dunia tetapi ia perlu mematuhi terma yang telah ditetapkan Al-Quran.

Contoh, tidak boleh menipu, menyeleweng, melakukan kejahatan, menindas orang lain, menganiaya mereka yang lemah. Malah jika menerima kekayaan itu itu kelak, wajib bayar zakat, digalakkan bersedekah, membantu orang miskin dan sudah. Jangan sama sekali sombong, takbur, bongkak, dengki.

Jika sudah diberi kekayaan maka patuhi perintah dan jauhi larangannya. Apa ganjarannya jika kekayaan dan kemudahan yang diterima digunakan oleh dengan baik? Kesenangan hidup di dunia bukanlah matlamat. Jika senang hidup dengan kekayaan dan kemudahan yang diterima, ia cuma pinjaman saja. Jadi apa matlamatnya?

Syurga dengan segala isinya ditawarkan sebagai ganjaran atau habuan untuk mereka yang mahukan urusniaga dengan Allah SWT. Patuhi terma dan syaratnya. Ikuti dan rujuk pada panduan  tersebut Al-Quran.

Jika tidak mahu patuhi dan melakukan kejahatan, tidak pula sewenangnya boleh melakukannya. Kejahatan yang dibuat takkan terlepas daripada balasan. Menolak tawaran dan kemudian melampaui batas adalah satu perbuatan yang tak boleh dibiar dan terlepas daripada balasannya.

Sama saja kan jika melakukan rasuah, penyelewengan dan penipuan dalam urusniaga sesama manusia, akan ditangkap, diadili dan dibalas dengan hukuman setimpal. Begitulah kehidupan ini, urusniaga kita sama ada dengan manusia atau dengan Allah. Jika dengan manusia saja maka dapat lah apa yang  diusahakan di dunia. Jika dengan Allah pula maka dapatlah ganjarannya di dunia serta akhirat.

Justeru, kita diberi pilihan. Sama ada pilih salah satu antara keduanya atau pilih kedua duanya. Jika pilih dua dua maka dunia dan akhirat dapat. Jika dunia saja, akhirat terlepas. Jika akhirat saja, dunia sengsara. Maka, berfikirlah dengan bijak.

Comments

Popular posts from this blog

Simkad Khas Untuk Internet

Mobile Wifi Hotspot

Persoalan Tentang 4G LTE Wifi Modem USB Stick