Bersyukur Dengan Kemudahan
Apabila kita mudah melakukan sesuatu atau mudah mendapatkan sesuatu, bermakna kita telah dikurniakan dengan kemudahan dalam hidup. Kalau orang lain susah mendapat sesuatu, kita pula mengharapkan agar dipermudahkan mendapat apa yang kita mahu. Lalu benar benar memperolehinya. Itu tandanya hidup kita mendapat keredhaan dan kita sedang diperhatikan Nya.
Sepatutnya kita rasa malu sekiranya gagal menunaikan tanggungjawab asas yang diperintahkan kepada seluruh manusia, tapi kita tak dapat melakukannya dengan baik. Padahal kita sudah terima kurniaan Nya. Jadi, apa gunanya Dia memberi? Ia sebagai satu peringatan dan ujian ke atas kita, sejauh mana kita bersyukur dan berterima kasih kepada Nya.
Bersyukurlah... Bersyukurlah... Jangan jadi manusia yang melampaui batas. Jangan jadi seperti firaun, sudah banyak kali peluang diberi untuk bertaubat tapi masih lagi ingkar. Allah kalau murka Dia boleh binasakannya sekelip mata. Tapi kenapa masih beri peluang dan dosa firaun tidak lagi terhitung banyaknya. Apa teladan yang Allah mahu peringatkan kepada kita dalam kisah firaun ini.
Ya.. Kita bukan manusia yang sempurna, kita bukan nabi dan rasul. Tiada lagi nabi dan rasul selepas kewafatan nabi Muhammad SAW. Kita mungkin sudah banyak buat dosa dan banyak kali lalai. Tapi jangan sekali kali ingkar seperti firaun, kuat melawan, kuat membantah, degil, keras kepala dan menafikan kebenaran.
Walaupun begitu, Allah masih tetap memberi kemudahan kepada firaun melalui kuasa, harta, pangkat dan pengikut yang ramai. Kalaulah firaun beriman dan menerima risalah nabi dan rasul, sudah tentu pengikutnya yang ramai itu juga akan turut ikut beriman. Dengan kuasa, harta dan pangkat amat mudah bagi firaun mengajak pengikutnya supaya beriman.
Inikan pula kita yang baru diberi sedikit kemudahan sudah lupa diri, lalai, ingkar, degil dan keras kepala. Bersyukurlah apabila diberi sedikit kemudahan, dengan kesyukuran itu kelak mungkin kita akan dilimpahkan lagi dengan lebih banyak kemudahan lain.
Pada mulanya dipermudahkan segala urusan kehidupan, mungkin kerana amalan kebaikan yang dilakukan melalui kemudahan itu akan membuka pintu kemudahan untuk kita menerima kuasa, harta dan pangkat pula. Bergantung kepada kemahuan, kalau mahu ada kuasa maka dipermudahkan usaha mendapatkannya.
Kita bebas memilih jalan setelah diberi kemudahan, kita mahu lakukan amalan apa dengan kemudahan itu. Sama ada baik atau buruk. Kalau mahu buat amal baik itu maknanya kita bersyukur. Kalau mahu buat amal jahat, itu maknanya kita lalai dan lupa diri kepada siapa yang telah memberi.
Bersyukurlah apabila sudah diberi kemudahan, lakukanlah kebaikan, permudahkan urusan orang lain. Kerana Allah memberi kemudahan itu bukan untuk membuat kita jadi sombong dan berlagak. Hidup di dunia ini cuma sementara, apabila mati hanya amalan yang dibawa.

Comments
Post a Comment