Kemahuan Berpandukan Akal
Pepatah ada mengatakan "dimana ada kemahuan di situ ada jalan". Malah dalam buku tulisan Napoleon Hill yang sangat terkenal bertajuk "Think and Grow Rich" turut membuktikan banyak kejayaan tokoh terkenal di seluruh dunia adalah disebabkan adanya kemahuan.
Jika kita benar benar mahu kita sedaya upaya akan melakukannya sehingga berjaya. Walau berapa lama tempoh untuk mencapai kejayaan itu tetap akan berusaha sehingga berjaya. Rahsia kejayaan yang sebenar adalah kerana adanya kemahuan. Tidak ada formula ajaib untuk berjaya.
Semuanya tetap dilakukan kerana adanya kemahuan yang berkobar kobar. Walau dengan apa cara sekalipun ia akan diusahakan sehingga berjaya. Cepat atau lambat tidak penting. Jika boleh diusahakan dengan cepat, syukur alhamdulillah. Sebaliknya jika sudah diusahakan sedaya upaya masih juga belum mencapai hasil, maka perlu banyak kesabaran dan terus melakukannya.
Kemahuan adalah satu bentuk kekuatan yang tidak nampak. Tetapi ia memberi kesan yang luar biasa ke atas keupayaan seseorang. Dengan adanya kemahuan kita akan bersungguh sungguh melakukan apa saja yang boleh membuatkan impian kita tercapai.
Kemahuan berpandukan akal membuatkan apa yang mahu kita capai memberi makna yang memberi harapan masa depan cemerlang. Kita mahu berjaya, berjaya apa? Jelaskan kejayaan apa yang mahu kita capai. Kemahuan memerlukan matlamat yang jelas supaya dapat fokus dengan apa yang mahu dilakukan.
Mahu jadi kaya tidak jelas maksudnya. Mahu mencapai pendapatan rm10 ribu sebulan dalam masa 3 tahun adalah kemahuan yang jelas. Berikan ruang masa yang cukup untuk mencapainya. Ia perlu realistik. Jangan hanya pandai cakap saja dan mahu mencapai kemahuan itu dengan segara. Berbuat tak sama dengan bercakap.
Berbuat memerlukan akal untuk berfikir tentang apa yang boleh dilakukan supaya apa yang kita mahu boleh diusahakan dan mencapai kejayaan. Apabila berfikir melakukan apa yang mahu kita lakukan, satu tempoh masa akan diberi dan menilai sejauh masa diperlukan.
Dalam penilaian itu, dipertimbangkan semua keperluan, peralatan, kemahiran, pengetahuan, maklumat, kemampuan kewangan, keupayaan dan sokongan lain yang ada. Jika semua keperluan itu ada, mudah untuk dilakukan. Kejayaan sebuah kemahuan adalah kerana adanya persedian.
Kita mahu untung rm100 ribu dalam bisnes misalnya, adalah kerana adanya modal, masa yang banyak untuk mengusahakannya, ikatan perhubungan yang baik, ilmu pengetahuan. Dengan adanya gabungan semua keperluan ini, kita dengan mudah melakukannya.
Kemahuan adalah tenaga yang menggerakkan kita berusaha melakukan apa yang mahu dicapai. Apabila kita mahu berjaya dan kita nampak jalan bagaimana hendak mencapainya, kita akan berusaha sedaya upaya melakukannya. Tak kira apa halangannya, kita sudah tahu tentang apa kemahuan kita, maka kita akan melakukannya.
Hebatnya kuasa kemahuan dalam diri kita. Apa yang kita mahu capai dalam kehidupan ini? Lakukanlah.

Comments
Post a Comment