Kebenaran Mendahului Zaman
Gua Ashabul Kahfi di Amman Jordan |
Ini satu kisah pengajaran yang membenarkan kalimah Allah. Terdapat dalam kitab Injil dan Al-Quran. Kisah tentang 7 orang pemuda gua yang tertidur selama 300 tahun menurut kitab Injil dan 309 menurut Al-Quran. Kisah ini sudah sangat terkenal dan diketahui ramai. Dalam Al-Quran ia terkandung dalam surah Al Kahfi.
Apa yang nak diceritakan disini ialah kisah mereka sudah pun diketahui ramai sebelum pemuda itu keluar dari gua dan muncul di khalayak ramai. Bagaimana cerita dari kitab Injil itu boleh mendahului masa sedangkan belum genap 300 tahun para pemuda itu keluar dan muncul di khalayak ramai semasa hendak membeli makanan di pasar menggunakan wang lama dengan tanda pengenalan wajah maharaja Rom yang zalim dan menentang keras ajaran tauhid yang dibawa oleh nabi Isa.
Diceritakan bahawa tidak lama selepas para pemuda itu bersembunyi di dalam gua, maharaja Rom yang zalim itu telah tewas dan diganti dengan maharaja yang mengikut ajaran tauhid nabi Isa. Selepas itu lah orang Rom mengetahui kisah pemuda tersebut dalam kitab Injil dan dikhabarkan para pemuda itu bila tiba masanya akan muncul di khalayak umum di pasar seperti orang dari pinggir bandar dengan tanda pengenalan.
Selepas peristiwa kemunculan pemuda itu ramai yang meyakini ajaran nabi Isa tentang agama tauhid yang dibawanya sebagai satu kebenaran yang nyata. Semenjak itu juga ramai orang luar yang berkunjung ke gua itu untuk melihat tapak di mana kebenaran itu telah berlaku. Sebelum itu, sehari selepas diketahui umum oleh penduduk bandar, mereka semua telah ditentukan meninggal dunia. Kemudian, maharaja Rom memerintahkan didirikan tugu peringatan di pintu gua tersebut bagi memperingati peristiwa tersebut.
Cerita ini ada persamaannya dengan perkhabaran cerita tentang Imam Mahdi yang bakal muncul pada akhir zaman kelak. Cerita ini telah dikhabarkan sewaktu zaman rasulullah nabi Muhammad SAW lagi. Imam yang akan memimpin manusia daripada kesesatan dan kejahilan. Pada masa yang sama juga dikhabarkan akan munculnya nabi Isa bagi menyelesaikan kekeliruan yang telah berlaku tentang ajarannya ketika berlaku huru hara yang telah dicetuskan oleh pemerintahan Rom ketika itu.
Imam Mahdi dan nabi Isa belum muncul seperti mana yang dikhabarkan dalam kitab Al-Quran. Kita sedang menunggu kemunculannya sebagaimana penduduk Rom menunggu kemunculan 7 orang pemuda yang bersembunyi di sebuah gua yang tidak diketahui tempatnya kerana tersembunyi. Ini satu kisah yang sangat menakjubkan dan boleh berulang lagi, tapi bukan pada orang yang sama dan di tempat yang sama.
Memang benarlah seperti apa yang dikhabarkan, pada waktu itu kebenaran akan melenyapkan kebatilan dan keadilan akan tersebar ke seluruh dunia menghapuskan kejahatan. Orang Rom menunggu kemunculan pemuda gua di khalayak umum, kerana cerita itu yang dikhabarkan kepada mereka menerusi kitab Injil.
Setelah muncul, ramai orang dari seluruh dunia berkunjung ke tempat itu bagi melihat sendiri kesan dan tapak keajaiban yang berlaku dengan izin Allah. Semenjak itu juga ramai orang meyakini ajaran tauhid yang dibawa oleh nabi Isa sehinggalah ia disambung pula dengan ajaran Islam yang dibawa nabi Muhammad SAW.
Sekarang kita sedang menunggu kemunculan Imam Mahdi dan nabi Isa pula. Sama sama kita tunggu, kisah ini sangat popular dari kalangan penganut Kristian dan Islam sekarang. Nabi Isa akan membenarkan ajaran yang dibawa oleh Imam Mahdi sebagai pengikut ajaran nabi Muhammad SAW. Manakala Imam Mahdi menafikan nabi Isa adalah anak Tuhan dan baginda tidak disalib sewaktu diangkat ke langit ketika berlakunya huru hara di zamannya.
Comments
Post a Comment