Hidup Ini Untuk Apa?
Cuba fikir betul betul, hidup ini untuk apa sebenarnya? Persoalan ini akan timbul jika kita banyak memikirkan tentang hal kematian. Apa akan jadi selepas mati? Dimana kita berada apabila mati? Bagaimana kita boleh hidup semula selepas jasad hancur lebur reput menjadi tanah.
Memikirkan hal ini membuat kita risau dengan amalan kita, sehingga terlalu menginginkan kesempurnaan amalan melebihi para nabi dan rasul. Malah sampai ke tahap kesempurnaan malaikat. Kalau begitulah keadaannya, kita hampir hampir takkan dapat melaksanakan tangungjawab.
Banyak kisah nabi boleh diambil teladan. Setiap nabi itu pula tidaklah terlalu sempurna sehingga memiliki segalanya. Hidup ini untuk apa sebenarnya? Hidup ini adalah untuk memperbaiki diri dengan amalan yang mulia. Hidup Ini bukan untuk merebut kemewahan dan kekayaan dunia.
Jikalau begitu, tak perlu lah jadi jutawan? Bukan begitu. Buat amalan mulia dulu, tolong orang permudahkan urusan orang, bila kemudahan datang kekayaan dan kemewahan akan datang sendiri kemudiannya. Tetapi ia bukan untuk dibangga dan diagungkan. Ramai manusia terperangkap dalam situasi ini.
Hidup Ini kita buat baik, bekerja tolong orang, bangunkan diri sendiri supaya boleh tolong bangunkan orang lain pula. Kita cuba mendapatkan kemudahan, membina segala kemudahan yang diperlukan dan dengan izin Allah dipermudahkan untuk melakukannya.
Maka kita pun menjadi orang yang wajib membantu orang lain yang memerlukan pula. Permudahkan urusan manusia untuk mendapat nikmat dan kurnia Allah. Supaya dengan itu kelak akan membuatkan mereka berfikir, bukannya terus bergantung harap dengan bantuan kemudahan yang diberikan.
Apa akan jadi kepada orang yang dibantu tapi tidak mampu berfikir tentang nikmat Allah? Mereka akan menjadi orang yang rugi. Mereka cuma mendapat kemudahan sementara dan bila tiba masa kurnia dan nikmat yang mereka dapat sebelum ini ditarik balik. Kelak mereka akan berfikir dari mana datangnya kemudahan, kesenangan dan kemewahan itu. Mereka akan merasa akibat ingkar, lalai dan lupa.
Hidup Ini adalah untuk mendapat redha Allah, bila Allah redha maka hidup kita dipermudahkan. Kita dengan senang mendapat kemudahan untuk melakukan apa yang kita mahu. Kerana apa yang kita lakukan bukanlah untuk diri kita. Ia adalah kerana Allah semata mata.
Kekayaan dan kesenangan yang diberi untuk mempermudahkan kita menyampai risalah kebenaran. Bukan untuk kita berbangga diri dan mendabik dada yang kita ini hebat, kaya, mewah dan mampu memiliki segalanya.
Hidup Ini ada tujuannya, sampai masa kita juga akan mati seperti mana mereka yang sudah mati. Setiap hari kita melihat kematian. Tidak kah kita memikirkan hal ini. Hal tentang apa tujuan hidup ini?

Comments
Post a Comment