Hebat Kerana Ajaran Islam

Apabila kita membeli sesuatu peralatan elektrik akan disertakan bersama manual penggunaan. Ada alatan yang sangat rumit kita perlu ikut panduan tersebut. Adakalanya juga kita tak perlu pun ikut panduan kerana pengalaman lalu sudah membimbing kita cara penggunaan yang betul.

Begitu juga kehidupan ini, kita bukan wujud secara semulajadi. Setiap sesuatu yang hidup dan bergerak ada penciptanya. Kita hanya menggunakan apa yang dicipta untuk kita bagi mencipta sesuatu yang lain. Usah sombong dan berlagak hebat. Pencipta kita adalah tuhan yang dikenal sebagai Allah SWT. Tanpa Allah kita sebagai salah satu makhluk ciptaannya tak punya apa apa.

Tapi tak semua manusia dapat menggunakan dirinya sendiri dengan baik. Jika peralatan elektrik ataupun kereta yang kita pandu tak diguna dengan cara betul, ia akan rosak dan binasa. Begitu juga manusia, siapakah diri kita ini. Kita ini adalah makhluk antara jasad dan roh. Tanpa roh, jasad manusia kita takkan hidup dan bergerak. Tanpa jasad pula, roh itu tak dapat memperlihatkan apa apa kehebatannya pun.

Namun, untuk menjadi hebat roh kita perlukan panduan  bagaimana boleh menggunakan jasad manusia itu dengan betul. Hebat itu bukan pada adanya harta yang banyak, wang berjuta juta, pangkat dan darjat yang tinggi. Tapi hebat itu pada bagaimana kita boleh gunakan jasad ini untuk kebaikan yang boleh menjadikan kita mampu melakukan sesuatu yang diredhai Allah.

Itu gunanya ajaran Islam yang disampai melalui kitab suci Al-Quran. Al-Quran adalah buku panduan atau manual yang membimbing manusia bagaimana menggunakan jasad manusia kita untuk kehidupan yang baik. Maka itu ada perintah dan larangan Allah disampaikan melaluinya.

Merasa hebat kerana banyak wang dan harta tapi berakhir dengan kebinasaan yang berpunca daripada keduanya. Memiliki kereta ferrari atau kereta mewah tapi mati kemalangan dengan kereta itu. Hebat kah itu? Memiliki rumah mewah seperti istana tapi mati terbunuh di tangan perompak bersenjata. Hebat kah itu? Memiliki kedudukan pangkat yang tinggi tapi mempunyai ramai musuh dan terdedah kepada ancaman lalu berakhir dengan mati ditembak pembunuh upahan. Hebat kah itu?

Usah merasa hebat bila memiliki sesuatu yang memperlihatkan kita ini hebat. Mempunyai pekerjaan yang bagus di mata masyarakat, kita pun merasa hebat. Dengan kedudukan yang tinggi, gaji yang banyak, kemampuan untuk memiliki sesuatu yang hebat dengan semua itu.

Bagaimana pula dengan mereka yang tidak memiliki pekerjaan yang hebat. Kerja hanya sebagai kuli saja. Tidak dipandang masyarakat. Juga tidak mampu memiliki kehebatan yang dibangga bangga seperti mereka yang hebat dengan pekerjaan mereka. Fikir fikirkan lah, seandainya kita berada di situasi itu.

Adakah kerana kita memilih jalan yang menyebabkan kita jadi kuli. Tentu ada yang mempersoalkan kenapa Allah dulu tak bagi kesedaran atau bukakan hati kita untuk melalui jalan jalan mereka yang berjaya menjadi hebat sekarang? Kenapa baru sekarang baru nak terfikir tentang pekara ini. Jika sekarang kita baru terfikir hal ini bermakna kita sudah terbuka hati untuk mengenal diri dan Allah yang mencipta kehidupan.

Tidak semua orang yang hebat sekarang dengan perjalanan hidup yang bagus sehingga dapat mencapai tahap kehidupan sekarang yang lebih hebat itu sudah terbuka hatinya untuk mengenali diri dan Allah. Masih ramai yang sesat, ingkar, sombong dan lalai dengan kehebatan mereka. Menjadikan mereka berlagak dan takbur.

Bagaimana kita mahu buktikan dengan mengikut ajaran Islam kita mampu menjadi hebat? Padahal sebelum ini sehingga sekarang kita bukannya orang yang hebat dan tidak memiliki apa apa kehebatan pun. Kita bukan lagi untuk menunjukkan bahawa kita hebat, tetapi ingin membuktikan kebenaran Allah dengan mengikuti ajaran Islam akan menjadikan kita hebat.

Kita bukan lagi mahu menunjukkan kepada manusia lain bahawa kita hebat, tetapi kerana ajaran Islam telah menjadikan kita orang yang hebat dan digeruni. Dalam situasi itu kita akan diuji adakah kita mula lalai, sombong dan takbur. Jangan jadi seperti Qarun, Allah menceritakan kisah Qarun sebagai peringatan bagaimana dengan harta, kekayaan dan pengikut yang mula ramai telah menyesatkan Qarun daripada ajaran tauhid yang disampaikan oleh nabi Musa.

Jika kita orang yang bersyukur, maka kita akui kehebatan kita itu kerana izin Allah. Sebelum itu kita tak punya apa apa pun, kita tidak melalui jalan kehidupan yang sempurna hingga membolehkan kita memperoleh pencapaian yang hebat. Kita mampu menjadi orang yang hebat dengan mengikuti ajaran Allah dalam Islam. Kita mahu bukti adakah ia benar atau tidak.

Kita buat dan ikut saja dan tunggulah apa yang akan berlaku. Kita akan diperlihatkan dengan kejutan dan keajaiban yang tidak disangka sangka. Ketika itu barulah kita akan akui kebenaran Allah. Jangan kita sangka kita sudah ada segalanya dan lalui perjalanan hidup dengan banyak kehebatan tercipta akan menjadikan kita manusia yang hebat. Jika kita sombong dan takbur, kita akan binasa dalam keadaan yang hina sekali.

Semua orang beriman menyedari akan hal itu, kerana ia sudah diceritakan dalam kitab Al-Quran tentang kisah manusia yang hebat pada zaman dahulu namun akhirnya binasa menjadi orang yang hina kerana ingkar pada perintah Allah yang disampaikan melalui nabi dan rasul Nya. Usah takbur dan bongkak....

Comments

Popular posts from this blog

Simkad Khas Untuk Internet

Mobile Wifi Hotspot

Persoalan Tentang 4G LTE Wifi Modem USB Stick