Kebaikan Yang Tersembunyi

Dalam kehidupan ini tentu kita pernah menerima sesuatu yang tidak disangka sangka. Sama ada mengharap atau tidak, kebaikan datang tanpa dipinta. Kebaikan yang bagaimana? Tak kira kebaikan apa pun, sama ada dalam bentuk kewangan, harta benda, makanan, pertolongan, kemudahan, terselamat daripada malapetaka, sentiasa mendapat kesihatan yang baik dan banyak lagi.

Kehidupan ini penuh dengan dugaan dan juga keajaiban. Sama ada kita terfikir tentangnya atau tidak ianya tetap berlaku. Jika sudah berlaku adakah kita mahu sedar dan terfikir kenapa ia boleh berlaku. Kini kita didedah dengan konsep kemahiran berfikir aras tinggi, namun kebanyakan orang masih lagi berfikir dengan kepala lutut.

Membataskan fikiran dan berbangga dengan pemikiran sendiri bahawa mereka sentiasa betul atau lebih betul atau betul sebab sudah terbukti betul. Betapa bangga dan megahnya mereka. Ok, tidak mengapa. Itu masalah akhlak dan peribadi mereka sendiri. Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita mampu berfikir dengan lebih jauh dan memikirkan apa jua kemungkinan yang boleh berlaku.

Ada yang anggap kesenangan adalah dengan memiliki wang semata mata. Ya, fikiran itu adalah betul kerana itu yang mereka nampak sekarang. Buat apa saja kebaikan demi mendapatkan wang. Ya, itu betul kerana kita perlu ada wang untuk hidup pada zaman sekarang. Pemikiran untuk mahu berdikari dan berusaha sendiri.

Pemikiran sebegitu tidak salah, tetapi kita kena terima pemikiran tentang kebaikan yang tersembunyi bagi setiap perbuatan yang baik dilakukan. Perbuatan baik itu mungkin tidak mengharapkan balasan wang atau harta benda. Tetapi kebaikan yang datang kepada kita dalam bentuk wang dan harta benda. Kita tak minta tapi ditawarkan dengannya.

Ada orang mahu jadi kaya raya dengan melakukan kebaikan kepada ramai orang dengan harapan memperoleh keuntungan daripada urusniaga yang dilakukan. Ada orang yang tanpa disangka menjadi kaya raya kerana telah banyak melakukan kebaikan kepada ramai orang. Kebaikan itu mungkin datang melalui seseorang yang memberi tawaran.

Itu jika kebaikan dalam bentuk kekayaan wang dan harta benda. Bagaimana pula dengan kebaikan yang datang dalam bentuk lain, kesihatan yang baik misalnya, umur yang panjang misalnya, masa lapang yang banyak misalnya, atau setiap masalah yang dihadapi dengan mudah menemui penyelesaiannya dengan cepat. Kebaikan tersembunyi yang kita tidak sangka dan ketahui pun datang dalam bentuk apa.

Itu lah dinamakan rezeki, rahmat dan kurnia Allah untuk mereka yang bersyukur dan malu untuk meminta apa apa daripada tuhannya,walaupun telah banyak melakukan kebaikan. Disebut dalam kita Al-Quran, Allah tidak akan mensia siakan kebaikan yang dilakukan oleh hambanya yang bersyukur. Sama ada diminta atau tidak, Allah telah mencukupkan apa yang telah dijanjikan nya.

Lantaran itu, berhati hatilah dengan bentuk pemikiran yang cenderung kepada materialistik semata mata. Jarum kapitalis sangat halus dan tanpa sedar kita menafikan kekuasaan Allah untuk memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sama ada dipinta atau tidak, Dia tetap adil dalam pertimbangan nya.

Wallahu'allam.... Sama sama fikirkan.

Comments

Popular posts from this blog

Simkad Khas Untuk Internet

Mobile Wifi Hotspot

Persoalan Tentang 4G LTE Wifi Modem USB Stick