Menjawab Persoalan Sendiri
Dalam hidup ini banyak persoalan yang tidak terjawab, sama ada malas hendak berfikir lanjut atau tidak mahu berusaha bertanya pada mereka yang lebih mengetahui. Ada persoalan kita cuba tanya pada orang lain tapi kita dikatakan sengaja memberi soalan provokasi.
Hidup ini tidak boleh dilalui secara biasa biasa saja, kadang kala memerlukan pengorbanan yang tinggi dan juga kesabaran yang tinggi. Kita akan lalui juga dugaan dan cubaan yang menguji kita. Realiti hidup tidak selalunya baik dan sempurna. Jangan terlalu berharap kita akan dapat apa yang kita mahu.
Kita buat baik tak semestinya akan dapat yang baik juga. Kita buat baik tapi diambil kesempatan pula untuk kepentingan orang lain. Kata orang buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali. Buat baik pun ada tempatnya, tengok kiri kanan dan kenali siapa dan di mana a mahu lakukan kebaikan.
Ada kebaikan yang kita tetap mahu buat tak mengharapkan apa apa balasan pun sehingga ada juga yang memanipulasikan kebaikan itu untuk kepentingan diri. Sebagai contoh, lembu punya susu tapi dapat nama. Kita buat sesuatu dengan ikhlas, tiba tiba ada orang atau pihak yang menggunakan kebaikan itu untuk mendapat nama atau manfaat sendiri.
Kita buat kerja dengan cukup baik, cukup sempurna, tetapi hasilnya orang yang ambil kesempatan itu dapat. Walaupun kita tak tuntut apa apa atau mengharap balasan namun apa yang dilakukan itu sesuatu yang keji dan tidak tahu malu. Mengharap orang lain melakukan untuk mereka tetapi tidak menghargainya apabila mendapat faedah.
Tidak mengapa, kita tidak berniat untuk mengharap apa apa balasan pun ketika melakukan kebaikan itu. Cukup saja dengan harapan kebaikan itu dibalas dengan setimpal oleh Allah SWT. Cerita ini sama seperti kisah iblis, nabi Adam membuat kebaikan yang banyak memakmurkan bumi tetapi iblis pula mengambil kesempatan untuk diberi peluang hidup lama walaupun telah ingkar dan khianat.
Padahal manusia yang ingkar dan khianat pada Allah berumur singkat dan diazab selamanya di akhirat bersama iblis laknat. Namun begitu, jangan kita putus asa melakukan kebaikan walaupun kita dikhianati orang lain. Berharaplah pada Allah agar dikurniakan ganjaran setimpal. Bukankah Dia yang memerintahkan manusia melakukan kebaikan tanpa soal di dunia ini.
Persoalan hidup yang banyak membuatkan kita banyak berfikir. Namun, jangan biarkan persoalan itu mematahkan semangat kita dan juga menjadikan kita lalai. Buat baik tapi orang lain dapat hasil, apa gunanya buat baik. Lebih baik diam saja. Begitulah orang yang lemah dan putus asa dengan kebaikan. Itu tandanya kita tidak yakin dan percaya kepada Allah yang akan membalas setiap kebaikan tanpa dipinta.
Ada kebaikan yang melalaikan, buat baik dan mendapat pujian ramai orang. Disanjung tinggi dan diberi penghargaan yang banyak. Lalu kita dicemburui. Sanjungan dan penghargaan itu menjadikan kita lupa serta bangga diri. Apa patut kita buat supaya ia tidak berlaku begitu?
Jalani lah hidup ini dengan bersederhana, walaupun kebaikan kita menjadikan kita disanjung dan dihargai dengan banyak pemberian, kita masih di landasan asal yang betul. Berjaya tapi tidak sombong. Kaya raya tapi tidak berlagak dan menunjuk nunjuk. Berilmu tinggi tapi tidak takbur. Beramal banyak tapi tidak riak.
Buatlah kebaikan tanpa soal. Persoalan kehidupan kita jawab dengan baik. Jangan biarkan kita tertanya tanya tidak pasti sama ada apa yang kita buat itu betul atau salah, patut atau tidak. Cuba jawab sendiri dan cari jawapannya walaupun tiada seorang pun mahu menjawabnya. Allah akan jawab untuk kita. In saja Allah....

Comments
Post a Comment