Posts

Showing posts from 2017

Azam Itu Untuk Apa?

Tahun demi tahun berazam namun tidak semua azam itu akan tercapai. Azam ini cuma sekadar ikrar dan bukan jaminan. Maka berazam lah untuk mencapai itu dan ini tahun depan dan berusahalah mencapainya. Tapi tiada jaminan ianya akan tercapai walaupun cuba berusaha. Ok... Kita tanam apa azam tahun depan dan berusaha untuk melaksanakan apa yang patut. Usah mengharap terlalu tinggi ianya berjaya. Azam Itu pula biarlah kita tanam dalam diri. Usah digembar gemburkan. Usah riuh sana sini menyatakan apa azam kita. Zaman ini dengan media sosial begitu mudah untuk terjebak mendedahkan aib diri sendiri. Juga terlalu mudah jatuh ke lembah dosa riak. Bukankah lebih baik saling menasihati perkara yang baik dan benar daripada menceritakan amalan kita bagi menarik perhatian umum. Apa tujuan menarik perhatian umum itu? Ada banyak alasan dikemukakan. Namun, apa yang telah dipelajari adalah sebaik baik amalan adalah amalan baik kita tidak diketahui orang lain dan perbuatan baik kita itu tidak terkait...

Kesilapan Untuk Menguji Diri

Ada orang bila buat silap akan rasa bersalah kerana melakukannya. Apa yang sudah berlaku tak boleh nak buat apa, perkara sudah jadi apa boleh buat. Nak marah pun tak guna, nak menyesal pun tak guna. Jadi, apa perlu buat? Kesilapan adalah satu ujian untuk kita sama ada sedar atau tidak apa kelemahan kita. Supaya nanti kita dapat perbaiki diri supaya kesilapan yang sama tak berulang. Misalnya kita tersilap cakap lalu kita dikecam. Perkara sudah jadi tak dapat nak elak. Jadi, perbaiki diri supaya tidak sebarang cakap. Fikir dulu sebelum nak cakap sesuatu. Kalau rasa nak cakap sesuatu yang sensitif, cari perkataan atau susunan ayat yang lebih sopan dan beradab tidak menyakiti hati orang lain. Bila kita cakap ddengan baik, guna perkataan yang baik, susun ayat baik baik. Perkara yang orang tak suka nak dengar akan didengar dengan emosi yang baik. Kita lulus ujian selepas kesilapan kali pertama apabila cakap lepas dan kasar. Dulu kita tidak belajar betul betul sehingga tidak mendapat k...

Harga Sebuah Kesilapan

Kenapa perlu takut buat kesilapan sedang kesilapan itu sendiri tak boleh dielak. Kita cuba elak kesilapan A dengan mengkajinya dan membuat langkah berjaga jaga tetapi terbuat kesilapan B pulak. Apa yang sering terjadi adalah kita akan sentiasa belajar perkara baru daripada setiap kesilapan yang dibuat. Apa yang terjadi biarkan ia berlalu dan perbaiki apa kekurangan yang menyebabkan kesilapan itu. Itu lah yang patut dilakukan, bukannya mencari kesalahan orang lain dan menyesali diri kerana kesilapan itu lah menyebabkan kegagalan yang memalukan dan merugikan. Gagal lulus cemerlang lalu dihina dan dikutuk orang, kerana gagal tak dapat masuk universiti dan hanya bekerja jadi kuli. Apa kesilapan yang telah dilakukan? Tidak belajar sungguh sungguh dan tidak fokus untuk lulus cemerlang. Apa yang boleh dipelajari daripada kesilapan itu? Belajar untuk lebih hidup berdikari supaya dapat cemerlang melalui kehidupan sebenar yang mencabar. Berapakah harga kesilapan tidak belajar sungguh sung...

Pemurah Dalam Bekerja

Kenapa bekerja? Soalan ini sama seperti kenapa hidup? Kerja untuk apa dan hidup untuk apa? Bila faham kenapa kita hidup baru lah dapat faham kenapa bekerja. Kita bekerja untuk siapa dan hidup pula untuk siapa? Jika kita tidak hidup tidak lah akan bekerja. Kerana bekerja adalah untuk hidup. Faham kah kita makna disebalik pengertian ini? Bekerja adalah bahagian yang paling utama dalam hidup. Malah hidup ini sendiri adalah sebuah amanah. Kita tidak minta diberi nyawa untuk hidup tapi kerana kemurahan Allah swt kita diberi peluang untuk menikmati hidup. Jangan lupa apa tujuan hidup ini. Kita asalnya tak minta pun hidup tetapi kita perlu bersyukur kerana mendapat peluang hidup menjadi manusia, bukannya haiwan. Bekerja adalah cara bagaimana amanah dalam kehidupan kita dilaksanakan. Justeru, bekerja itu seharusnya tidak boleh lari daripada misi kehidupan yang telah diamanahkan kepada kita. Kerana kemurahan Allah swt memberi nyawa untuk kita hidup, maka kita juga seharusnya pemurah dalam ...

Berjaya Dalam Hidup

Kalau dalam bisnes, untuk berjaya mesti usaha dan sabar menghadapi kemungkinan sama ada untung atau rugi. Begitu juga dalam kerjaya, untuk berjaya mesti bersemangat buat kerja dan sabar menanggung beban tugas baru lah naik pangkat dan gaji. Bagaimana pula dalam kejayaan hidup? Kejayaan hidup berbeza dengan kejayaan dalam bisnes atau kerjaya. Bisnes berjaya tapi hidup berakhir dengan kebinasaan. Kerjaya berjaya tapi hidup berakhir dengan kehancuran. Binasa apa? Hancur apa? Binasa dengan hutang sana sini, dikelilingi musuh, penuh maksiat. Semua itu kelak akan memusnahkannya. Hancur dengan kemusnahan hidup yang sia sia, dihina masyarakat, mati dengan tragis. Ia adalah kesan hidup yang porak peranda. Hal ini lah yang perlu kita waspada dan perhatikan dalam kehidupan. Tidak salah berjaya dalam bisnes tapi biarlah dengan kejujuran, tidak salah berjaya dalam kerjaya tapi biarlah dengan keikhlasan. Berjaya dalam bisnes untuk jadi jutawan tapi penuh dengan tipudaya dan helah memperguna o...

Harga Sebuah Rezeki

Adakah kejayaan itu diperoleh secara percuma? Tidak. Kita perlu buat kebaikan dahulu baru lah akan dapat hasil sebuah kejayaan. Mahu dapat upah duit buat kerja dulu. Mahu dapat ganjaran duit buat baik dulu dengan tolong orang. Tapi kena minta izin dulu, jangan buat saja. "Tuan, ada kerja tak untuk saya buat dan dibayar upah dengan kerja itu.... Tuan, ada apa yang boleh saya tolong supaya saya diberi ganjaran hasil daripada pertolongan itu". Begitulah kehidupan ini, kita kena faham hidup ini untuk apa? Kenapa kita hidup? Apa tujuan kita hidup? Hidup bukan percuma. Ada harga perlu kita bayar dan ganjarannya kita akan dikurniakan rezeki yang pelbagai. Manusia wujud di dunia sebagai bukti dan saksi. Kita menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah. Kita perlu buktikan kita hidup adalah kerana Allah dan bersedia melaksanakan apa yang diperintah mengikut kemampuan. Kita tak dipaksa pun untuk buat perkara yang kita tidak mampu namun tidak pula rezeki kita dikurangkan sedikit ...

Bagaimana Hendak Menjadi Pemurah?

Apa tujuannya kita menjadi seorang yang pemurah? Pemurah bermakna tidak kedekut, sudi berkongsi sedikit kurnia yang kita peroleh, tidak berkira kira memberi sumbangan, ikhlas memberi bantuan walaupun sedikit. Bersifat pemurah adalah satu kebaikan yang dituntut tetapi tidak boleh menunjuk nunjuk atau riak walaupun kebaikan itu dalam perkara yang kecil. Riak akan jatuh hukum apabila kita dikaitkan secara langsung dengan kebaikan itu daripada mulut atau perbuatan kita sendiri. Contohnya dalam membuat kenyataan "akulah yang telah buat itu dan ini, kalau bukan aku yang tolong takkan ke mana, tanpa aku mereka takkan maju". Contoh perbuatan pula adalah dengan menunjukkan gambar diri sendiri sedang buat apa, dengan siapa, bagaimana dan di mana. Tak dinafikan kadang kala kita sendiri terbuat perkara ini walaupun bukan dengan niat. Untuk jadi pemurah jangan menunjuk nunjuk atau riak, jangan membangga diri, jangan mewar warkan dengan bangga sekali memberitahu orang lain. Jika mah...

Kedekut Itu Apa?

Kedekut Itu takut untuk rugi walau 1 sen pun. Kedekut Itu tidak mahu ada orang lain lebih dari kita, bimbang sekiranya kelak orang itu akan menyaingi kita dan menganiaya kita. Adakah kita percaya dan yakin kepada Tuhan? Kedekut tidak menguntungkan sedikitpun, begitu juga terlalu pemurah tidak akan menguntungkan kita terlalu banyak. Kata orang buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali. Bukannya kita disuruh terlalu begitu pemurah. Bukan pula bila tidak mahu terlalu pemurah jadi kedekut. Kita perlu memahami bagaimana aturan kehidupan itu terjadi. Apa yang kita miliki bukan lah milik kita walaupun kita ada hak ke atasnya. Apa yang menjadi hak adalah kita berhak menguruskannya dengan cara yang sebaiknya. Bukannya disuruh kedekut dan juga terlalu pemurah. Bila kita menyakini rezeki itu milik Allah, kita tidak akan mahu kedekut. Bila kita meyakini menjadi pemurah walaupun sedikit, kita tidak akan kedekut. Rezeki itu ada banyak bentuk, bukan duit saja atau harta benda. Sihat juga ...

Pesan Untuk Orang Muda

Kita semua pernah menjadi muda, tetapi ada orang muda yang masih lalai dengan kesenangan dan keindahan dunia sehingga lupa suatu masa kelak akan menjadi tua. Sebagai orang muda apa yang perlu kita ingat? Dalam Islam ada diperingatkan tentang 5 perkara sebelum 5 perkara. Dalam Islam juga ada diperingatkan tentang asas kehidupan seseorang individu adalah rumah, pakaian dan makanan yang cukup. Kenapa? Kerana ia adalah asas untuk persediaan sebuah keluarga. Hidup ini bukan untuk seronok seronok. Hidup ini ada tanggungjawab. Jangan disesatkan dengan kalimah usia muda masa untuk enjoy, tua nanti barulah beramal ibadah. Zaman sekarang begitu ramai yang mati pada usia muda. Kerana tiada tanggungjawab dalam hidup. Bekerja cari wang ikut politik atau organisasi sana sini bukan lah satu tanggungjawab yang wajib melainkan ia diamanahkan untuk memegangnya. Bukan suka suka nak ikut masuk politik atau mahu dapat jawatan supaya dapat memimpin untuk buat itu ini. Berkeluarga adalah satu tanggungja...

Perjuangan Apa?

Hidup ini jangan terlalu banyak matlamat perjuangan. Cukup lah dengan satu, tetapi jalannya perlu ada banyak. Kerana satu jalan saja tidak cukup. Ibarat mahu sampai ke satu destinasi jika satu jalan terputus maka guna jalan yang lain. Jika jalan itu rosak juga maka guna pula jalan yang lain. Sehingga lah langsung tiada jalan lain, mahu tak mahu terpaksa guna kapal terbang. Sedangkan kita mahu memandu kenderaan sendiri agar bebas ke mana saja. Apa perjuangan yang perlu jadi matlamat kita dalam hidup? Kebelakangan ini terlalu banyak kesesatan yang menyelewengkan perjuangan kita. Hidup ini hanya sementara tetapi apa yang diperjuangkan seolah olah kita akan hidup selamanya. Ada yang berkata apa yang diperjuangkan adalah untuk anak cucu, tetapi sebaliknya tidak seperti apa yang dikata. Matlamat perjuangan bercampur baur dengan kepentingan diri. Mahu diri dipuja dan dipuji oleh ramai manusia dengan pangkat dan darjat yang tinggi. Juga mahu memperoleh harta kekayaan yang banyak demi kela...

Aku Takut Jadi Kaya?

Siapa tak mahu kaya? Semua orang mahu jadi kaya kerana dengan kekayaan memudahkan segala keinginan dipenuhi. Tapi kenapa tidak semua orang boleh jadi kaya walaupun ada impian mahu jadi kaya? Persoalananya juga, siapakah yang menentukan kita boleh jadi kaya? Hidup ini terlalu banyak misteri kenapa hanya orang tertentu saja boleh jadi kaya. Ada orang berpandangan dengan berusaha keras dan mengurus harta dengan betul akan buat orang jadi kaya. Ada pula yang kata dengan berbaik baik dengan orang berjaya yang sudah kaya raya akan berpeluang menjadi kaya sama atas sokongan dam bimbingan yang diberikan. Sesungguhnya pandangan itu tak dinafikan memang betul. Maklumat mereka yang berjaya dengan menjadi kaya seperti yang disarankan terlalu banyak. Namun, kegagalan mereka dalam usaha untuk menjadi kaya juga sangat banyak. Kegagalan bagaimana yang dimaksudkan itu? Ramai yang sudah menjadi kaya raya, tetapi kekayaan itu hanya sia sia. Segala keperluan dan kehendaknya dapat dipenuhi. Tetapi m...

Pertempuran Hebat Dalam Diri

Dalam kehidupan ini kita akan sering diuji dari semasa ke semasa. Diuji dengan kesusahan dan juga kesenangan. Apabila susah adakah kita mampu bersabar menahan kepayahan dan apabila senang pula adakah kita juga mampu bersabar menahan kehendak yang bermacam macam. Pertempuran hidup bukan lah dengan bersaing dengan  orang lain siapa lebih hebat. Juga bukan melawan iblis dengan amalan agama yang paling banyak dan paling sempurna. Kadang kadang apabila kita cuba melakukan kebaikan terperangkap dengan tipu helah dunia. Kononnya kita mahu supaya diberi kesenangan hidup dengan kemewahan harta benda dan wang ringgit. Tetapi apabila diberi semua itu kebaikan dilakukan tetapi bercampur pula dengan kemungkaran  yang ditegah. Seperti menunjuk nunjuk, riak dengan amalan dan apa yang dimiliki. Dengan kemajuan teknologi maklumat serta media sosial hari ini terlalu mudah untuk kita menyatakan apa yang kita buat dan apa yang kita miliki. Walaupun di dalam bisnes ini penting sebagai sat...

Apa Itu Tawakal Dalam Bisnes

Tawakal bermaksud berusaha terlebih dahulu kemudian berserah kepada Allah untuk menentukan apa akan terjadi seterusnya. Setelah kita melakukan sesuatu usaha pasti mengharapkan hasilnya. Namun, ia bukannya kerana sebab diri kita semata mata atau bagaimana kita melakukannya disebabkan kepandaian dan kehebatan kita. Usah sombong dan berlagak, Allah mengetahui apa isi hati kita. Kita akui akan kelemahan kita, bukan bermakna menghina diri kita. Kita berusaha perbaiki kelemahan itu dan mengharap apa yang diusahakan diterima Allah sebagai amal untuk memakmurkan kehidupan dunia. Bukan untuk menunjuk nunjuk atau riak berlagak sangat hebat mengharapkan agar manusia lain kagum dan mahu jadi pengikut kita. Jika kita ada kelebihan dan keupayaan melebihi orang lain sekalipun, sebaiknya kita merendah lah diri. Zaman sekarang terutama di dalam dunia bisnes, memerlukan kita menunjuk nunjuk supaya dipercayai ramai orang dan mempunyai pengikut yang ramai. Ini mereka namakan sebagai strategi marketin...

Bersatu Dengan Perbezaan Pendapat

Berbeza pendapat bukan untuk berdebat mau cari gaduh siapa betul siapa salah. Ada perkara yang menjadi persoalan untuk mencari penyelesaian, tetapi apabila melibatkan emosi bukan lagi penyelesaian yang dicari. Sebaliknya cari gaduh. Kadang kadang dalam perbincangan umum, ramai yang kurang jelas apa tujuan sesuatu persoalan dibangkitkan. Apabila terlalu beremosi maka ia mula dianggap sebagai hal sensitif. Emosi dalam penulisan boleh dikesan, lihat daripada cara penyampaiannya. Penyampaian yang matang penuh dengan isi dan maklumat. Idea bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan juga pandangan bernas diselit dengan ilmiah bagi memberi kefahaman dan penjelasan. Apabila emosi mula mencampuri perbincangan, maka ia perlu dikawal semula atau jangan diteruskan. Itu gunanya moderator dalam sesuatu perbincangan atau persoalan yang timbul dalam sesuatu kumpulan. Berbincang dalam kumpulan, pengaruh emosi tidak dapat dielakkan. Dalam perbincangan yang lancar dengan pelbagai pendapat tak kira pos...

Apabila Minda Disekat

Minda yang disekat akan beku, takut, tidak kritikal, lembab, malas, cepat putus asa, hilang semangat dan tiada lagi berkeyakinan. Minda secara semulajadinya mampu berkembang dalam bentuk pemikiran ingin tahu dan apa jawapan kepada penyelesaian sesuatu masalah atau persoalan yang berlegar di minda. Kita boleh lihat kesan akibat minda yang disekat sama ada daripada perlakuan dan juga tindakbalas seseorang dalam suatu persoalan. Kesannya adalah pelbagai bergantung kepada bentuk sekatan minda yang dikenakan. Ada yang tidak dibenar berfikir melampau, atau melawan arus. Mesti ikut rentak majoriti jika tak mahu disisih. Maka kena ikut suara orang ramai. Tapi, kalau kita kaji perjalanan hidup dalam sejarah atau kisah manusia, minda yang disekat banyak menerima tentangan walaupun pemikiran yang disampaikan untuk kebaikan umum. Mereka inilah banyak jadi mangsa manakala pengikut yang tidak menentang walaupun salah akan terlepas buat seketika dan sejarah akan membuktikan bahawa mereka inilah ...

Memperkasa Ekonomi Diri dan Keluarga

Saban hari keperluan kewangan semakin menekan, memaksa kita untuk bekerja lebih rajin dan kuat. Namun begitu, semakin kuat bekerja walaupun dapat buat lebih banyak wang lebih cepat pula ia habis. Harga barang dan kos sara hidup semakin tinggi. Menyebabkan wang pendapatan tidak cukup bagi yang berkeluarga besar. Ini membuatkan kita berfikir, sampai bila kitaran ini akan tamat. Hal yang sama berlaku setiap bulan semata mata untuk memenuhi keperluan hidup. Apakah yang perlu kita lakukan bagi memastikan tidak lagi terikat dengan rutin bekerja kerana wang. Bagaimana mahu menghasilkan wang tanpa terlalu bergantung kepada satu pekerjaan semata mata. Keadaan menjadi lebih terdesak apabila pendapatan kewangan atau gaji yang diperoleh tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keperluan bulanan. Betul... Ada orang yang akan buat bisnes sampingan. Dengan harapan dapat menambah pendapatan bagi menanggung kekurangan wang untuk perbelanjaan bulanan. Tapi, persoalan yang sama tetap sama. Sampai ...

Menjawab Persoalan Sendiri

Dalam hidup ini banyak persoalan yang tidak terjawab, sama ada malas hendak berfikir lanjut atau tidak mahu berusaha bertanya pada mereka yang lebih mengetahui. Ada persoalan kita cuba tanya pada orang lain tapi kita dikatakan sengaja memberi soalan provokasi. Hidup ini tidak boleh dilalui secara biasa biasa saja, kadang kala memerlukan pengorbanan yang tinggi dan juga kesabaran yang tinggi. Kita akan lalui juga dugaan dan cubaan yang menguji kita. Realiti hidup tidak selalunya baik dan sempurna. Jangan terlalu berharap kita akan dapat apa yang kita mahu. Kita buat baik tak semestinya akan dapat yang baik juga. Kita buat baik tapi diambil kesempatan pula untuk kepentingan orang lain. Kata orang buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali. Buat baik pun ada tempatnya, tengok kiri kanan dan kenali siapa dan di mana a mahu lakukan kebaikan. Ada kebaikan yang kita tetap mahu buat tak mengharapkan apa apa balasan pun sehingga ada juga yang memanipulasikan kebaikan itu untuk kepe...

Bersatu Melalui Ekonomi, Berpecah Kerana Politik?

Persoalan ini sangat menarik untuk dikupas. Kita lihat banyak pertubuhan dan kerjasama antara negara di seluruh dunia dibentuk atas sebab kepentingan ekonomi. APEC sebab minyak yang menjadi nadi pembangunan ekonomi. Asean sebab menjaga kepentingan negara daripada pergolakan politik serantau dan memperkukuhkan ekonomi serantau dalam persaingan ekonomi global. Banyak lagi contoh lain. Cari sendiri. Tetapi kerana ideologi politik berbeza boleh menyebabkan perpecahan dan pertelingkahan. Perhatikan negara China, memiliki potensi ekonomi yang sangat besar. Tetapi kerana ideologi politik komunis, mereka dilihat sebagai ancaman dunia. Namun, hari ini kemajuan ekonomi yang mereka capai telah menyatupadukan rakyat untuk mempertahankan negara daripada tindakan kuasa besar lain yang anti komunis. Itu semua dari sudut yang sangat besar. Cuba kita kecilkan sudut pandangan ekonomi dalam keluarga dan masyarakat tempatan. Dalam keluarga misalnya. Apa akan terjadi jika ekonomi keluarga itu rapuh, l...

Berurusniaga Dengan Allah

Berurusniaga dengan manusia kita tahu, kita buat kerja dan dibayar gaji atau upah. Atau kita jual barang dan dapat untung jualan. Berurusniaga dengan Allah ini bagaimana? Amat rumit untuk memikirkan persoalan itu, tetapi ia perlu terjawab untuk kita memahami nya. Sama lah juga dalam urusniaga dengan manusia, apabila kita memahaminya lalu kita lakukan maka dapatlah apa yang kita mahu daripada urusniaga tersebut. Mempersoalkannya tidak menjadikan kita berdosa atau melampaui batas. Tapi kita mahu tahu apakah yang dimaksudkannya. Sebagaimana urusniaga dengan manusia, perlu ada terma dan perjanjian yang perlu dipersetujui barulah masing masing akan mendapat manfaat dan keuntungannya. Kena baca dan faham isi kandungan dokumen dan penjelasan tentangnya. Dari situ kita juga akan faham bagaimana urusniaga dengan Allah itu boleh berlaku. Bagaimana kita boleh tahu terma dan perjanjian dengan Allah SWT? Sejak dari dahulu lagi manusia telah diutus dengan nabi dan rasul bagi memberi peringata...

Hebat Kerana Ajaran Islam

Apabila kita membeli sesuatu peralatan elektrik akan disertakan bersama manual penggunaan. Ada alatan yang sangat rumit kita perlu ikut panduan tersebut. Adakalanya juga kita tak perlu pun ikut panduan kerana pengalaman lalu sudah membimbing kita cara penggunaan yang betul. Begitu juga kehidupan ini, kita bukan wujud secara semulajadi. Setiap sesuatu yang hidup dan bergerak ada penciptanya. Kita hanya menggunakan apa yang dicipta untuk kita bagi mencipta sesuatu yang lain. Usah sombong dan berlagak hebat. Pencipta kita adalah tuhan yang dikenal sebagai Allah SWT. Tanpa Allah kita sebagai salah satu makhluk ciptaannya tak punya apa apa. Tapi tak semua manusia dapat menggunakan dirinya sendiri dengan baik. Jika peralatan elektrik ataupun kereta yang kita pandu tak diguna dengan cara betul, ia akan rosak dan binasa. Begitu juga manusia, siapakah diri kita ini. Kita ini adalah makhluk antara jasad dan roh. Tanpa roh, jasad manusia kita takkan hidup dan bergerak. Tanpa jasad pula, roh ...

Kebaikan Yang Tersembunyi

Dalam kehidupan ini tentu kita pernah menerima sesuatu yang tidak disangka sangka. Sama ada mengharap atau tidak, kebaikan datang tanpa dipinta. Kebaikan yang bagaimana? Tak kira kebaikan apa pun, sama ada dalam bentuk kewangan, harta benda, makanan, pertolongan, kemudahan, terselamat daripada malapetaka, sentiasa mendapat kesihatan yang baik dan banyak lagi. Kehidupan ini penuh dengan dugaan dan juga keajaiban. Sama ada kita terfikir tentangnya atau tidak ianya tetap berlaku. Jika sudah berlaku adakah kita mahu sedar dan terfikir kenapa ia boleh berlaku. Kini kita didedah dengan konsep kemahiran berfikir aras tinggi, namun kebanyakan orang masih lagi berfikir dengan kepala lutut. Membataskan fikiran dan berbangga dengan pemikiran sendiri bahawa mereka sentiasa betul atau lebih betul atau betul sebab sudah terbukti betul. Betapa bangga dan megahnya mereka. Ok, tidak mengapa. Itu masalah akhlak dan peribadi mereka sendiri. Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita mampu berfikir...

Kebenaran Mendahului Zaman

Image
Gua Ashabul Kahfi di Amman Jordan Ini satu kisah pengajaran yang membenarkan kalimah Allah. Terdapat dalam kitab Injil dan Al-Quran. Kisah tentang 7 orang pemuda gua yang tertidur selama 300 tahun menurut kitab Injil dan 309 menurut Al-Quran. Kisah ini sudah sangat terkenal dan diketahui ramai. Dalam Al-Quran ia terkandung dalam surah Al Kahfi. Apa yang nak diceritakan disini ialah kisah mereka sudah pun diketahui ramai sebelum pemuda itu keluar dari gua dan muncul di khalayak ramai. Bagaimana cerita dari kitab Injil itu boleh mendahului masa sedangkan belum genap 300 tahun para pemuda itu keluar dan muncul di khalayak ramai semasa hendak membeli makanan di pasar menggunakan wang lama dengan tanda pengenalan wajah maharaja Rom yang zalim dan menentang keras ajaran tauhid yang dibawa oleh nabi Isa. Diceritakan bahawa tidak lama selepas para pemuda itu bersembunyi di dalam gua, maharaja Rom yang zalim itu telah tewas dan diganti dengan maharaja yang mengikut ajaran tauhid nabi ...

Yakin Diri vs Yakin Pada Allah

Yakin pada diri sendiri memang bagus, kita percaya boleh melakukan apa yang kita mahu. Tetapi terlalu yakin juga boleh membinasakan diri. Terlalu yakin boleh menyebabkan kita lupa siapa diri kita yang sebenarnya. Kita adalah makhluk yang diciptakan Allah sebagai khalifah untuk mentadbir dan mengurus kehidupan dunia. Yakin Diri tanpa mengenal Allah boleh menyebabkan kita melampaui batas. Merasakan diri mampu melakukan sesuatu dengan mudah, memiliki kekayaan dan kekuatan untuk melakukan sesuatu hingga melupakan bahawa semua itu terjadi dengan izin dan kehendak Allah. Yakin pada Allah pula tidak terlalu memerlukan keyakinan diri. Apa yang penting adalah percaya boleh melakukan sesuatu walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Adakah kita yakin diri bila logik akalnya kelihatan mustahil. Tetapi kerana perintah Allah walaupun nampak mustahil dapat kita lakukan, tetap juga kita lakukan. Buat saja dan serahkan saja apa yang akan berlaku seterusnya kepada Allah. Amat sukar untuk kita mem...

Kemahuan Berpandukan Akal

Pepatah ada mengatakan "dimana ada kemahuan di situ ada jalan". Malah dalam buku tulisan Napoleon Hill yang sangat terkenal bertajuk "Think and Grow Rich" turut membuktikan banyak kejayaan tokoh terkenal di seluruh dunia adalah disebabkan adanya kemahuan. Jika kita benar benar mahu kita sedaya upaya akan melakukannya sehingga berjaya. Walau berapa lama tempoh untuk mencapai kejayaan itu tetap akan berusaha sehingga berjaya. Rahsia kejayaan yang sebenar adalah kerana adanya kemahuan. Tidak ada formula ajaib untuk berjaya. Semuanya tetap dilakukan kerana adanya kemahuan yang berkobar kobar. Walau dengan apa cara sekalipun ia akan diusahakan sehingga berjaya. Cepat atau lambat tidak penting. Jika boleh diusahakan dengan cepat, syukur alhamdulillah. Sebaliknya jika sudah diusahakan sedaya upaya masih juga belum mencapai hasil, maka perlu banyak kesabaran dan terus melakukannya. Kemahuan adalah satu bentuk kekuatan yang tidak nampak. Tetapi ia memberi kesan yang l...

Buat Kerja Apa Yang Kita Suka

Masa sekolah dulu mungkin kita mahu jadi doktor, tapi bila dewasa jadi guru pula. Begitu lah, ada orang yang tercapai cita citanya dalam pekerjaan dan ada yang tidak. Tapi apabila kita mendapat kerja yang bukan kita suka atau minat adakah kita akan menolaknya? Ada orang yang menolak dan sanggup menunggu sehingga dapat kerja yang disukainya. Begitulah orang yang memilih. Selagi tak dapat kerja apa yang dia suka selagi itu sanggup tunggu dan tak nak buat kerja lain. Kita boleh tunggu tapi kalau bukan rezeki dapat kerja yang kita suka, tak akan dapat juga. Ambil teladan daripada kisah nabi yang telah diperintah melakukan dakwah, tetapi tidak suka dengan kaumnya yang sangat degil dan ingkar. Padahal Allah sudah memberi jaminan akan memberi pertolongan dan kemudahan. Begitulah juga apabila kita mendapat kerja yang kita tak suka, dan sanggup menunggu namun apa yang diharapkan tak kunjung tiba. Masa terus berlalu dan kebajikan daripada amalan baik dengan bekerja belum lagi dilakukan. S...

Hidup Ini Untuk Apa?

Cuba fikir betul betul, hidup ini untuk apa sebenarnya? Persoalan ini akan timbul jika kita banyak memikirkan tentang hal kematian. Apa akan jadi selepas mati? Dimana kita berada apabila mati? Bagaimana kita boleh hidup semula selepas jasad hancur lebur reput menjadi tanah. Memikirkan hal ini membuat kita risau dengan amalan kita, sehingga terlalu menginginkan kesempurnaan amalan melebihi para nabi dan rasul. Malah sampai ke tahap kesempurnaan malaikat. Kalau begitulah keadaannya, kita hampir hampir takkan dapat melaksanakan tangungjawab. Banyak kisah nabi boleh diambil teladan. Setiap nabi itu pula tidaklah terlalu sempurna sehingga memiliki segalanya. Hidup ini untuk apa sebenarnya? Hidup ini adalah untuk memperbaiki diri dengan amalan yang mulia. Hidup Ini bukan untuk merebut kemewahan dan kekayaan dunia. Jikalau begitu, tak perlu lah jadi jutawan? Bukan begitu. Buat amalan mulia dulu, tolong orang permudahkan urusan orang, bila kemudahan datang kekayaan dan kemewahan akan da...

Menjadi Lebih Pantas

Dunia hari ini sangat pantas berubah dan bergerak kerana kemajuan teknologi telah mempermudahkan semua kerja yang susah untuk dilakukan sebelum ini. Ini adalah satu kemudahan untuk kita boleh melakukan lebih banyak kebaikan dan amalan mulia. Jangan kata tidak diberi peringatan tentang sesuatu kebaikan dalam ayat al Quran, sekarang kita boleh cari sendiri dan memilih atau membezakan mana yang hak dan mana yang bathil. Walaupun maklumat dengan mudah boleh diperoleh hanya dihujung jari, namun kita ada akal untuk menilai dari mana sumbernya dan adakah ia punya benar atau tidak dengan memerhatikan kehidupan realiti. Kalau dulu nak melihat kebenaran sangat susah, selagi kita tidak pergi sendiri melihatnya. Sekarang dengan melihat rakaman video sebenar kita boleh melihat kebenaran yang jauh dari mata hanya di depan skrin smartphone. Nak pergi mana mana tidak perlu berjalan kaki, boleh guna kenderaan sendiri dan pengangkutan awam. Daratan yang terpisah jauh boleh dihubungkan dengan pesawa...

Bersyukur Dengan Kemudahan

Apabila kita mudah melakukan sesuatu atau mudah mendapatkan sesuatu, bermakna kita telah dikurniakan dengan kemudahan dalam hidup. Kalau orang lain susah mendapat sesuatu, kita pula mengharapkan agar dipermudahkan mendapat apa yang kita mahu. Lalu benar benar memperolehinya. Itu tandanya hidup kita mendapat keredhaan dan kita sedang diperhatikan Nya. Sepatutnya kita rasa malu sekiranya gagal menunaikan tanggungjawab asas yang diperintahkan kepada seluruh manusia, tapi kita tak dapat melakukannya dengan baik. Padahal kita sudah terima kurniaan Nya. Jadi, apa gunanya Dia memberi? Ia sebagai satu peringatan dan ujian ke atas kita, sejauh mana kita bersyukur dan berterima kasih kepada Nya. Bersyukurlah... Bersyukurlah... Jangan jadi manusia yang melampaui batas. Jangan jadi seperti firaun, sudah banyak kali peluang diberi untuk bertaubat tapi masih lagi ingkar. Allah kalau murka Dia boleh binasakannya sekelip mata. Tapi kenapa masih beri peluang dan dosa firaun tidak lagi terhitung ba...

Jangan Terpedaya Dengan Kemewahan

Adakah kita perlukan kemudahan atau kemewahan? Kita kadang kadang terlalu terpesona dengan kemewahan sehingga terlupa bahawa apa yang cuma kita perlukan untuk hidup di dunia adalah kemudahan. Musuh naib Muhammad tercengang dan kagum apabila mengetahui pemerintah negara Islam Madinah berpakaian biasa tanpa pengawal dan tiada istana mewah seperti mana maharaja rom dan parsi. Bagaimanakah orang seperti ini boleh memimpin negara dan mengalahkan empayar rom dan parsi tanpa kekuatan yang menggerunkan dan kemewahan harta yang banyak. Kita perlu realistik, berpijak di bumi nyata. Usah terikut ikut dengan rentak kehidupan orang lain. Orang lain ada kereta honda civic, kita pun nak juga. Apa kelas pakai kereta perodua Axia. Jangan terpedaya dengan kemewahan orang lain. Apa yang lebih penting dan utama untuk kita fikirkan adalah kemudahan kita dalam menghadapi kehidupan yang semakin hari semakin mencabar. Walaupun kita mampu sekalipun untuk memiliki kemewahan, ingatlah kepada orang yang su...